Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penjualan rumah privet bulan Mac menjunam 32% di tengah COVID-19

Penjualan rumah privet baru menjunam pada Mac ekoran gangguan akibat pandemik COVID-19. Pihak pemaju tidak melancarkan projek baru dan bakal pembeli warga asing tidak dapat masuk ke Singapura untuk melihat hartanah yang ditawarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjualan rumah privet bulan Mac menjunam 32% di tengah COVID-19

(Gambar fail: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 15 Apr 2020 08:06PM Dikemas Kini : 15 Apr 2020 08:15PM

SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru menjunam pada Mac ekoran gangguan akibat pandemik COVID-19. Pihak pemaju tidak melancarkan projek baru dan bakal pembeli warga asing tidak dapat masuk ke Singapura untuk melihat hartanah yang ditawarkan.

Para pemaju menjual 660 rumah - tidak termasuk kondominium eksekutif - bulan lalu, 32.4 peratus lebih rendah berbanding 976 unit yang dijual pada Februari, menurut perangkaan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Rabu (15 Apr).

Jumlah itu juga 37 peratus lebih rendah daripada 1,054 unit yang dijual pada Mac tahun lalu.

Termasuk kondominium eksekutif, 904 unit terjual pada bulan Mac, jatuh 31.3 peratus berbanding 1,315 unit yang dijual pada Februari.

Penjualan lebih rendah pada Mac sudah dijangkakan, kata penganalisis hartanah, sambil menambah bahawa pasaran dijangka terus merosot setelah kesan penuh daripada langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 dirasakan.

"Dengan mengambil kira penutupan galeri penjualan ekoran langkah pemutus jangkitan dan larangan pelawat asing ke Singapura, jumlah penjualan baru kemungkinan akan merosot pada April 2020," kata Encik Desmond Sim, ketua penyelidikan, Asia Tenggara di CBRE .

KURANGNYA PELANCARAN BARU

Hanya satu projek pembangunan mega dilancarkan bulan lalu - OLA, sebuah projek kondominiumeksekutif dengan 548 unit.

Projek Kopar di Newton yang mempunyai 378 unit pula, menawarkan hanya lapan unit untuk dijual bulan lalu, sementara tiga projek kecil lain - Tedge di Changi Road, 77@ East Coast dan 19 Nassim - juga dilancarkan.

Tidak termasuk kondominium eksekutif, pihak pemaju melancarkan 578 unit pada Mac, kurang 38 peratus berbanding 933 unit pada Februari dan 68 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.

Penjualan rumah baru di baki Kawasan Tengah Bandar (RCR) dan Luar Kawasan Tengah (OCR) - masing-masing meningkat 7.2 peratus dan 10.6 peratus - kekal mampan kerana banyak penjualan mungkin hampir selesai sebelum wabak COVID-19 semakin memburuk dan sebelum langkah-langkah jarak jauh yang lebih ketat dilaksanakanpada akhir Mac, kata Cik Christine Sun, ketua penyelidikan dan perundingan di OrangeTee & Tie.

Sebilangan pelabur mungkin juga membeli hartanah untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka setelah pasaran saham merudum pada Mac, tambah Cik Sun.

Ekoran kawalan sempadan yang lebih ketat dan kurangnya pembeli asing bulan lalu, peratusan rakyat Singapura yang membeli rumah baru tanpa halaman meningkat kepada 86.3 peratus, jumlah tertinggi sejak 87.7 peratus yang dicatat April 2009.

KESAN COVID-19

Penganalisis hartanah Ong Kah Seng berkata di tengah situasi COVID-19 yang semakin buruk, pembeli menjadi "sangat berhati-hati, sensitif terhadap harga dan menantikan peluang terbaik".

"Momentum penjualan pada 2020 akan bergantung kepada berapa cepat pemaju membuat keputusan yang pragmatik setelah tempoh pemutus jangkitan Singapura berakhir," kata Encik Ong.

Cik Sun menambah bahawa dengan bilik pameran flat sekarang ditutup dan pelancaran projek baru ditunda, penjualan berkemungkinan merosot lagi pada April.

"Setelah keadaan kembali stabil dan langkah-langkah jarak selamat dilonggarkan, penjualan rumah baru mungkin akan meningkat apabila pameran contoh unit dibuka kembali," kata Cik Sun.

"Keadaan ekonomi yang tidak pasti di seluruh dunia juga mendorong lebih banyak pelabur mencari pelaburan dalam dalam aset yang selamat di sini, yang mana hartanah privet akan tetap menarik bagi pelabur dalam jangka panjang," tambahnya.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan