Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penjualan bon hijau S'pura dijangka galak sektor swasta turut serta

Pelan Singapura untuk membiayai projek-projek prasarana melalui penjualan bon-bon hijau dijangka akan "merangsang" sektor swasta untuk sama-sama bertindak, sekali gus membuka laluan kepada bekalan dan permintaan yang mantap bagi pembiayaan hijau, menurut para pakar industri kepada Mediacorp.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjualan bon hijau S'pura dijangka galak sektor swasta turut serta
Diterbitkan : 19 Feb 2021 03:11PM Dikemas Kini : 19 Feb 2021 03:12PM

SINGAPURA: Pelan Singapura untuk membiayai projek-projek prasarana melalui penjualan bon-bon hijau dijangka akan "merangsang" sektor swasta untuk sama-sama bertindak, sekali gus membuka laluan kepada bekalan dan permintaan yang mantap bagi pembiayaan hijau, menurut para pakar industri kepada Mediacorp.

Semasa membentangkan Belanjawan 2021 pada Selasa (16 Feb), Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan bahawa Pemerintah akan menjual bon-bon hijau bagi projek-projek prasarana terpilih, dengan projek sektor awam bernilai sehingga S$19 bilion sudah dikenal pasti.

"Usaha kelestarian memerlukan modal. Pembiayaan hijau akan menjadi pengupaya yang penting," menurut Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan.

Bon hijau adalah sejenis instrumen kewangan yang direka sedemikian rupa agar ia membawa manfaat kepada alam sekitar atau ada kaitan dengan iklim.

Bon-bon seumpama itu membolehkan syarikat-syarikat untuk menggabungkan strategi kelestarian mereka dengan struktur modal masing-masing, menurut para penganalisis kepada Mediacorp. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan