Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Peniaga: Harga ikan, makanan laut segar di pasar basah boleh naik hingga 50%

Sebilangan peniaga pasar basah mengatakan harga ikan dan makanan laut segar di pasar-pasar basah boleh naik sehingga 50 peratus dalam tempoh dua minggu ini. Demikian menurut peniaga di Pasar Geylang Serai dan Pasar Bukit Gombak yang ditemui BERITAmediacorp. 

Anggaran Waktu Membaca:
Peniaga: Harga ikan, makanan laut segar di pasar basah boleh naik hingga 50%

(Gambar: BERITAmediacorp)

SINGAPURA: Sebilangan peniaga pasar basah mengatakan harga ikan dan makanan laut segar di pasar-pasar basah boleh naik sehingga 50 peratus dalam tempoh dua minggu ini. Demikian menurut peniaga di Pasar Geylang Serai dan Pasar Bukit Gombak yang ditemui BERITAmediacorp.

Ini sedang lebih 80 pasar kini ditutup setelah 12 daripadanya terkait dengan kelompok COVID-19 Pelabuhan Perikanan Jurong.

(Gambar: BERITAmediacorp)

Di Pasar Geylang Serai misalnya, suasana pada pagi Isnin (19 Jul) boleh dikatakan agak sepi sehari sebelum Aidiladha. Semasa BERITAmediacorp berada di sana antara jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi, kurang daripada 20 orang yang masuk ke pasar itu.

Para peniaga yang ditemui berkata orang ramai mungkin memilih untuk ke pasar lain kerana ingin sekali gus membeli makanan laut segar.

Mentelah lagi, kes-kes COVID-19 turut dikesan di Pasar Geylang Serai sejak kelmarin mengakibatkan separuh daripada gerai yang menjual makanan laut segar di pasar ini terpaksa ditutup selama 14 hari.

"Para peniaga ikan di sini ada lagi dua tempat lagi saya rasa yang mereka dapat bekalan. Tetapi saya rasa pegerai-pegerai dan peniaga-peniaga saja yang terjejas kerana mereka datang pasar sini, mereka beli borong. Di sini barang murah, mereka boleh beli dengan kualiti dan jumlah yang banyak. Jadi kalau mereka tidak ada, akan menjejas perniagaan mereka.

"Kalau beli di pasar luar, harganya mungkin 40 peratus hingga 50 peratus lebih daripada pasar ini," ujar Encik Anwardeen Sulaiman, peniaga dan juga Bendahari Persatuan Pasar Basah Geylang Serai.

PERKARA YANG SAMA DI PASAR BAHAGIAN BARAT NEGARA

Pemilik kedai ikan Mankelo Fishery di Pasar Bukit Gombak, Encik Muhd Tamam Shafiq, turut mengatakan bahawa ada sebilangan gerai ikan juga sudah menaikkan harga sehingga 50 peratus lebih mahal.

(Gambar: BERITAmediacorp)

Kedai beliau antara yang diarah tutup semalam dengan kesemua operasi turut dihentikan.

Kata beliau kepada BERITAmediacorp: "Dalam 90% perniagaan terjejas sebab kita memang berurusan dengan penghantaran barang laut jadi apabila arahan ini keluar boleh dikatakan 100% terjejas kerana kita mesti menghentikan semua operasi serta merta.

"Kalau bahagian online kami sudah memberhentikan operasi kerana para pegawai pemerintah datang ke kedai kami dan suruh kami memberhentikan operasi semalam. Jadi kami terpaksa memberhentikan semua operasi semenjak semalam."

Beliau yang sedang menjalani kuarantin, pagi tadi mengambil langkah memberikan secara percuma baki 20 peratus makanan laut segar yang ada di kedainya kepada para pelanggan. Ini sebelum bekalan tersebut menjadi rosak kerana tidak boleh disimpan terlalu lama.

Encik Shafiq meramalkan, kerugian yang bakal dialaminya ekoran penutupan kedainya itu boleh menjangkau $5,000 hingga $7,000 sehari.

Meskipun ada beberapa pembekal lain yang tidak berpangkalan di Jurong Fishery Port, Encik Shafiq menarik perhatian bahawa yang pasti akan ada perubahan harga pada makanan laut segar buat masa ini.

"Perkara itu sudah berlaku semalam tengah hari apabila pegawai pemerintah datang ke kedai memberhentikan operasi dengan serta merta ada beberapa kedai yang terus menaikkan harga dengan tinggi, memandangkan mereka terpaksa menutup operasi.

"Jadi apa yang saya dengar mereka terus menaikkan harga pasal para pelanggan tidak ada pilihan memandangkan situasi itu," katanya.

Encik Shafiq dan pekerjanya perlu menjalani ujian COVID-19 dan diuji negatif, sebelum boleh meneruskan perniagaan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan