Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Peniaga dari rumah terima tempahan hingga 50% lebih tinggi jelang Lebaran

Ada perniagaan dari rumah mendapat tempahan lebih banyak sehingga 50 peratus sempena Hari Raya ini berbanding tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Apr 2021 07:58PM Dikemas Kini : 27 Apr 2021 10:38PM

SINGAPURA: Ada perniagaan dari rumah mendapat tempahan lebih banyak sehingga 50 peratus sempena Hari Raya ini berbanding tahun lalu.

Dengan kelonggaran langkah-langkah jarak selamat, para usahawan juga menjual pelbagai barangan di ruang fizikal.

Tahun lalu, mereka hanya dibenarkan menerima tempahan dua minggu sebelum Syawal menjelang.

Bagi Cik Lynn Siregar, tempahan kuih sempena Hari Raya meningkat 30 peratus kali ini.

Beliau berharap dapat menyiapkan sekitar 500 balang kuih dalam masa dua minggu akan datang nanti.

"Saya rasa sebab orang boleh menziarahi rumah ke rumah untuk menjamu kuih Hari Raya. Mereka juga ada membeli sebagai hadiah dan juga amal jariah pada tahun ini," kata Cik Lynn.

Walaupun bazar Ramadan seperti di Geylang Serai dibatalkan sekali lagi tahun ini dek COVID-19, para peniaga tempatan mencari tapak alternatif seperti di Kranji.

Sekitar 10 peniaga yang membuka gerai di sana berkata kadar penjualan mereka naik seganda berbanding tahun lalu ketika mereka boleh menjual secara online saja.

Gerai makanan Wasuuka ini misalnya menyaksikan tambahan kadar penjualan lebih 40 peratus pada tahun ini.

Sementara itu, satu lagi gerai yang menjual kek dan kuih Raya menyaksikan peningkatan permintaan sebanyak 10 peratus.

Di Bazar Geylang Serai yang diadakan secara online tahun ini, terdapat kerjasama dengan platform e-dagang Shopee dan khidmat penghantaran makanan halal, Bungkus.

Sejauh ini, bazar online itu sudah meraih penjualan bernilai hampir $95,000. 

Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan