Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pengusaha hotel Langkawi tawar diskaun sehingga 70%; tarik semula pelancong

Pengusaha hotel di pulau peranginan Langkawi, yang bebas cukai, bersetuju menurunkan harga bilik antara 30 hingga 70 peratus bagi menarik kembali kehadiran pelancong ekoran penularan virus COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengusaha hotel Langkawi tawar diskaun sehingga 70%; tarik semula pelancong

Pulau peranginan di Langkawi. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Feb 2020 08:13PM Dikemas Kini : 16 Feb 2020 08:15PM

LANGKAWI: Pengusaha hotel di pulau peranginan Langkawi, yang bebas cukai, bersetuju menurunkan harga bilik antara 30 hingga 70 peratus bagi menarik kembali kehadiran pelancong ekoran penularan virus COVID-19.

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah/Perlis Razmi Rahmat berkata langkah itu dilaksanakan 45 pengusaha hotel di bawah naungan persatuan tersebut bagi mengurangkan kesan daripada kemerosotan kedatangan pelancong serta pembatalan tempahan hotel oleh pelancong China dan juga rakyat tempatan.

Tawaran diskaun tersebut bermula sejak jangkitan COVID-19 hingga tempoh yang akan diberitahu kelak.

"Orang ramai boleh memeriksa dalam talian di laman sesawang atau media sosial hotel terlibat. Tawaran diberikan oleh hotel tiga bintang ke atas.

“Sebagai contoh, hotel tiga bintang ada tawaran menarik bermula RM150 hingga RM200 (S$50 - S$67) tak lebih daripada RM250 (S$84) semalam. Sebelum ini kalau nak dapat hotel tiga bintang pada harga RM150 (S$50) jarang. Sekarang ini ada tawaran istimewa," ujar beliau.

Mengulas lanjut, Encik Razmi menegaskan Langkawi selamat untuk dikunjungi dan seharusnya orang ramai mengambil peluang diskaun yang ditawarkan untuk datang bercuti ke pulau tersebut.

"Keadaan di Langkawi selamat, masalah berlaku bila ada pemberita tidak bertauliah di media sosial takutkan orang ramai mengakibatkan pelancong tidak datang.

“Langkawi baru selesai menganjurkan Le Tour de Langkawi 2020 ini memberi isyarat pulau ini selamat untuk dikunjungi," katanya lanjut.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan