Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penguasa Kewangan S'pura dinamakan Bank Pusat Terbaik 2019

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dinamakan sebagai Bank Pusat Terbaik tahun ini oleh syarikat penerbitan yang berpangkalan di London, Central Banking.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Feb 2019 08:03PM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 09:13PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dinamakan sebagai Bank Pusat Terbaik tahun ini oleh syarikat penerbitan yang berpangkalan di London, Central Banking.

MAS diiktiraf kerana usaha gigihnya dalam mempelopori bidang teknologi kewangan serta tekal dalam prestasi dari segi dasar dan kestabilan kewangan serta penyeliaan.

Sepanjang tahun lalu, MAS mengetatkan kadar pertukaran berwajaran perdagangan dan memperkenalkan langkah penyejukan makro.

Selain itu, ia juga meningkatkan amalan kawal selia serta memberi penekanan terhadap pemahaman risiko dan manfaat teknologi baru.

Ia meningkatkan infrastruktur bayaran Singapura dan menyokong inisiatif-inisiatif perintis seperti kecerdasan buatan (AI) dan data besar.

Pengarah Urusan MAS, Ravi Menon berkata anugerah itu merupakan satu penghormatan kepada para kakitangan dan amalan kerja berpasukan di pertubuhan itu.

Beliau juga berterima kasih kepada industri kewangan Singapura yang memberi sokongan padu kepada MAS.

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan