Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pengilangan S'pura catat 6% pada Julai; tumbuh perlahan 2 bulan berturut-turut

Hasil pengilangan tumbuh lebih perlahan buat dua bulan berturut-turut pada Julai, disebabkan oleh kemerosotan yang dialami lima daripada enam kelompok. Ini menurut perangkaan awal yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB)pada Jumaat (24 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengilangan S'pura catat 6% pada Julai; tumbuh perlahan 2 bulan berturut-turut

Gambar fail sebuah pusat pengilangan robot di Singapura. (Gambar: Brandon Tanoto)

Diterbitkan : 24 Aug 2018 04:51PM Dikemas Kini : 24 Aug 2018 04:54PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan tumbuh lebih perlahan buat dua bulan berturut-turut pada Julai, disebabkan oleh kemerosotan yang dialami lima daripada enam kelompok. Ini menurut perangkaan awal yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada Jumaat (24 Ogos).

Hasil pengeluaran perindustrian tumbuh 6 peratus pada bulan Julai berbanding 8 peratus yang dicatat pada Jun dan 13 peratus pada Mei. Tidak termasuk pengilangan bioperubatan, hasil pengilangan berkembang 5.1 peratus.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, hasil pengilangan susut 1.7 peratus.

Kelompok kimia adalah satu-satunya segmen yang mengukuh pada bulan lalu, dengan penghasilannya meningkat 7.4 peratus berbanding 1.7 peratus pada Jun.

Pengeluaran bagi kelompok elektronik tumbuh 5.4 peratus pada Julai, lebih perlahan berbanding 7.9 peratus pada bulan Jun akibat permintaan yang melemah bagi semikonduktor, peranti persisian komputer dan barangan elektronik pengguna.

Pengilangan bioperubatan berkembang 10.1 peratus, rendah sedikit jika dibandingkan dengan pertumbuhan 13.1 peratus yang diraih pada Jun.

Sementara itu, segmen kejuruteraan jitu tumbuh lebih perlahan pada kadar 3.4 peratus pada Julai berbanding 4.3 peratus pada Jun. Pertumbuhan yang dicatat oleh kejuruteraan pengangkutan juga lebih perlahan, iaitu 9.6 peratus pada bulan Julai berbanding 14.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Hasil pengeluaran bagi kelompok pengilangan am memperlihatkan prestasi paling teruk, merosot 0.6 peratus pada Julai berbanding pertumbuhan 0.3 peratus pada Jun.

Sumber : CNA/TQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan