Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pengilang makanan S'pura diberi peluang jual produk di FairPrice Marketplace

Para pengilang makanan tempatan kini boleh memohon untuk memasarkan produk mereka melalui wadah FairPrice Marketplace, di bawah inisiatif yang akan menyerlahkan lagi produk mereka dalam pasaran dan membolehkan mereka untuk mengukur sejauh mana penerimaan produk baru mereka oleh pengguna setempat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengilang makanan S'pura diberi peluang jual produk di FairPrice Marketplace

Petikan skrin wadah Fairprice Marketplace

Diterbitkan : 25 Sep 2020 02:22PM Dikemas Kini : 25 Sep 2020 02:31PM

SINGAPURA: Para pengilang makanan tempatan kini boleh memohon untuk memasarkan produk-produk mereka melalui wadah FairPrice Marketplace, di bawah inisiatif yang akan menyerlahkan lagi produk mereka dalam pasaran dan membolehkan mereka untuk mengukur sejauh mana produk baru mereka diterima oleh para pengguna setempat.

Daya usaha yang diberi nama YummySG! itu dilancarkan oleh Enterprise Singapore (ESG) dan FairPrice Online pada Jumaat (25 Sep).

Chocoworks, Nature's Field Snacks Manufacturing, Sheng Aik Trading dan Thong Siek Food Industry adalah antara syarikat-syarikat yang sudah mendaftar setakat ini.

Inisiatif itu "menyediakan para pengilang makanan Singapura satu lagi wadah tambahan untuk mempelbagaikan aliran pendapatan mereka", menurut Enterprise Singapore dan NTUC FairPrice dalam satu kenyataan media bersama.

"YummySG! menghimpunkan produk-produk tempatan di bawah jenama Singapura, sekali gus menyerlahkannya kepada pengguna dan membezakannya daripada produk-produk antarabangsa yang lain," tambah Enterprise Singapore dan FairPrice.

Daya usaha tersebut adalah sebahagian daripada "usaha berterusan" agensi itu bagi menyokong syarikat-syarikat perniagaan Singapura untuk mula memasarkan produk-produk mereka secara online sejak Pakej E-Commerce Booster dilancarkan untuk para peruncit kecil dan sederhana.

Menurut pertubuhan-pertubuhan itu, FairPrice Marketplace akan meningkatkan publisiti dan melencongkan trafik ke produk-produk tempatan. Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian juga boleh mengakses data penjualan dan trafik online, yang akan membolehkan mereka untuk memperhalusi strategi e-dagang masing-masing jika perlu.

Para pengilang juga boleh bekerjasama dengan Enterprise Singapore untuk memperbaiki penghasilan produk, reka bentuk bungkusan dan strategi runcit online.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan