Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pengilang bahagian basikal Shimano labur S$245 juta bina kilang di S'pura

Syarikat pengilang bahagian basikal dari Jepun, Shimano, melabur sekitar 20 bilion yen ($245 juta) untuk membina sebuah kilang baru di Singapura di tengah-tengah permintaan yang melonjak semasa pandemik koronavirus, kata presiden Shimano yang baru dilantik, Taizo Shimano kepada Nikkei Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengilang bahagian basikal Shimano labur S$245 juta bina kilang di S'pura

(Gambar: Shimano, Lim Wei Xiang)

Diterbitkan : 12 Jul 2021 02:15PM Dikemas Kini : 12 Jul 2021 02:17PM

TOKYO: Syarikat pengilang bahagian basikal dari Jepun, Shimano, melabur sekitar 20 bilion yen ($245 juta) untuk membina sebuah kilang baru di Singapura di tengah-tengah permintaan yang melonjak semasa pandemik koronavirus, kata presiden Shimano yang baru dilantik, Taizo Shimano kepada Nikkei Asia.

Dengan ramai orang beralih kepada penggunaan basikal sebagai satu kaedah pengangkutan dengan risiko rendah berlaku jangkitan koronavirus, permintaan bagi basikal dan produk berkaitan melonjak di seluruh dunia.

Shimano yang mempunyai saham global yang tinggi bagi pengeluaran basikal dan komponen-komponen lain, kini berdepan kekangan dalam keupayaan pengeluarannya. Keputusan itu dibuat sedang kilangnya di Singapura, yang dibina pada 1973, semakin merosot.

Meskipun pandemik COVID-19 menjejas ekonomi sejagat, syarikat itu menjana hasil pendapatan 63 bilion yen (S$772 juta) bagi tahun kewangan 2020, naik 22.5 peratus berbanding setahun sebelum itu. Bagi tahun kewangan 2021, Shimano meramalkan pendapatan bersihnya akan meningkat sebanyak 25.4 peratus kepada 79 bilion yen (S$969 juta).

Sebahagian besar dana itu akan dilaburkan ke dalam Daerah Inovasi Jurong di bahagian barat Singapura, di mana kilang syarikat itu kini ditempatkan. Kilang Shimano yang baru itu akan menghasilkan bahagian-bahagian basikal seperti komponen kelajuan untuk basikal-basikal mewah.

Kilang baru itu disebut-sebut sebagai "kilang masa hadapan" yang mengutamakan pendigitalan.

Kilang itu dijadual siap dibina menjelang hujung 2022. Ia sepatutnya siap menjelang 2020 namun terpaksa ditunda disebabkan oleh pengurangan pada jumlah pekerja binaan bagi membendung penularan koronavirus.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan