Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pengguna S'pura tidak lagi dibenarkan beli atau dagang mata wang kripto di wadah utama Binance

Salah satu wadah perdagangan mata wang kripto terbesar di dunia, Binance, menyatakan pada Isnin (27 Sep) bahawa pengguna di Singapura tidak lagi dibenarkan untuk membeli dan berdagang menggunakan mata wang kripto di wadah utamanya, untuk mematuhi peraturan tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengguna S'pura tidak lagi dibenarkan beli atau dagang mata wang kripto di wadah utama Binance

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 27 Sep 2021 10:41PM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 10:44PM

HONG KONG: Salah satu wadah perdagangan mata wang kripto terbesar di dunia, Binance, menyatakan pada Isnin (27 Sep) bahawa pengguna di Singapura tidak lagi dibenarkan untuk membeli dan berdagang menggunakan mata wang kripto di wadah utamanya, untuk mematuhi peraturan tempatan.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada bulan ini memberi amaran kepada Binance.com bahawa ia mungkin telah melanggar undang-undang tempatan dan harus berhenti menyediakan khidmat bayaran kepada penduduk Singapura.

Mulai 26 Oktober, pengguna di Singapura tidak lagi dibenarkan untuk menyimpan mata wang fiat atau membeli atau berdagang menggunakan mata wang kripto di wadahnya, menurut kenyataan syarikat itu hari ini dalam satu langkah sekatan diketatkan yang diumumkan tidak lama selepas kenyataan MAS dikeluarkan.

Binance juga mengendalikan satu lagi wadah tempatan yang berasingan, yang sudah memohon bagi lesen di Singapura. Seperti pemohon yang lain, ia dibenarkan beroperasi di Singapura di bawah satu pengecualian sementara MAS memproses permohonan.

Wadah perdagangan kripto seperti Binance, yang sebelum ini dibuka kepada hampir semua pasaran di dunia di bawah satu wadah, semakin berdepan rintangan dari pengawalselia tempatan, yang ingin memantau operasi mereka dengan lebih baik.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pengawaselia di Britain, Itali dan Hong Kong menyatakan bahawa unit-unit Binance tidak dibenarkan untuk menjalankan sebahagian aktiviti dalam pasaran mereka dan pengawalselia kewangan Malaysia menegur bursa itu kerana menjalankan operasi secara haram di negara itu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan