Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pengguna aktif bulanan TikTok cecah 1 bilion seluruh dunia

 Syarikat TikTok menyatakan pengguna aktifnya kini mencecah satu bilion di seluruh dunia pada musim panas ini sekali gus menandakan lonjakan sebanyak 45 peratus sejak Julai 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengguna aktif bulanan TikTok cecah 1 bilion seluruh dunia

Aplikasi TikTok. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 30 Sep 2021 08:05AM Dikemas Kini : 30 Sep 2021 08:06AM

NEW YORK: Syarikat TikTok menyatakan pengguna aktifnya kini mencecah satu bilion di seluruh dunia pada musim panas ini sekali gus menandakan lonjakan sebanyak 45 peratus sejak Julai 2020.

Amerika Syarikat (AS), Eropah, Brazil dan Asia Tenggara adalah pasaran-pasaran terbesar bagi aplikasi perkongsian video ringkas yang popular itu, menurut syarikat tersebut.

TikTok menyaksikan lonjakan pada jumlah pengguna seantero dunia saban tahun walaupun menghadapi pengawasan kawal selia di AS dan rantau lain.

Sebelum ini, TikTok menyatakan ia mempunyai sekitar 55 juta pengguna di seluruh dunia menjelang Januari 2018. Bilangan itu kemudian terus meningkat kepada lebih 271 juta menjelang Disember 2018, 508 juta menjelang Disember 2019 dan 689 juta menjelang Julai 2020.

Facebook melaporkan 2.9 bilion pengguna aktif setiap bulan setakat hujung Jun 2021, menurut laporan suku tahunannya yang terkini.

TikTok sebelum ini menyatakan muat turun aplikasinya sudah menjangkaui dua bilion di seluruh dunia menjelang Ogos 2020.

Wadah perkongsian video itu dimiliki oleh gergasi teknologi China, ByteDance.

TikTok melantik Ketua Pegawai Kewangan (CFO) ByteDance, Shouzi Chew, seorang warga Singapura, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru syarikat itu pada awal tahun ini.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan