Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pengeluaran iPad dikurangkan; Apple salurkan cip kepada iPhone 13

Apple Inc mengurangkan pengeluaran iPad untuk memperuntukkan lebih banyak komponen kepada iPhone 13, satu petanda yang menunjukkan bahawa kekurangan bekalan cip di peringkat global menjejas Apple lebih teruk daripada yang dijangkakan sebelum ini, lapor Nikkei pada Selasa (2 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengeluaran iPad dikurangkan; Apple salurkan cip kepada iPhone 13

Barisan model iPhone 13 dipamerkan di gedung Apple di Fifth Avenue, NYC pada 24 Sept 2021 (Gambar: Spencer Platt/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 02 Nov 2021 01:09PM Dikemas Kini : 02 Nov 2021 01:14PM


REUTERS: Apple Inc mengurangkan pengeluaran iPad untuk memperuntukkan lebih banyak komponen kepada iPhone 13, satu petanda yang menunjukkan bahawa kekurangan bekalan cip di peringkat global menjejas Apple lebih teruk daripada yang dijangkakan sebelum ini, lapor Nikkei pada Selasa (2 Nov) sambil memetik pelbagai sumber.

Pengeluaran iPad dikurangkan hampir separuh daripada rancangan asal Apple sejak dua bulan lalu, menurut akhbar itu di lamannya, sambil mendedahkan bahawa komponen yang diperuntukkan bagi model terdahulu iPhone akan disalurkan kepada iPhone 13.

Meskipun pengeluaran iPhone 13 mengalami kegenjotan akibat penutupan kilang di Asia dan permintaan yang tinggi pada separuh kedua tahun ini, Apple berjaya mengatasi masalah kekurangan bekalan dengan lebih baik berbanding banyak syarikat lain disebabkan oleh kuasa belinya yang jauh lebih kuat dan perjanjian bekalan jangka panjang dengan vendor cip, menjejas bahagian pasaran pesaingnya pada suku ketiga.

Pembuat iPhone itu mengutamakan pengeluaran iPhone 13 yang sebahagiannya disebabkan oleh permintaan yang lebih kukuh untuk membeli telefon bijak itu berbanding iPad apabila pasaran Barat mula pulih daripada pandemik COVID-19, lapor Nikkei, sambil memetik sumber yang tidak mahu mendedahkan identitinya.

Apple bagaimanapun belum lagi memberikan responsnya terhadap permintaan Reuters untuk mendapatkan ulasan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan