Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pengedar peralatan motor M'sia sasar tambah 50% pelanggan S'pura

Pengarahnya, Encik Ng Tiong Sew berkata ini memandangkan 30 peratus pelanggan sedia ada syarikat itu adalah dari negara jiran berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengedar peralatan motor M'sia sasar tambah 50% pelanggan S'pura
Diterbitkan : 25 Jun 2018 07:00PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 12:22AM

JOHOR BAHRU: Syarikat pengedar peralatan motosikal dan motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia, QBEE Motor Group Sdn Bhd (QBee Motor) menyasarkan jumlah pelanggannya dari Singapura akan meningkat kepada 50 peratus pada masa depan.

Pengarahnya, Encik Ng Tiong Sew berkata ini memandangkan 30 peratus pelanggan sedia ada syarikat itu adalah dari negara jiran berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan pengguna motosikal di Singapura lebih gemar membeli barangan keperluan motosikal masing-masing di sini berikutan harga yang murah serta berkualiti tinggi.

“Selain mempunyai kuasa beli tinggi, mereka juga tertarik dengan harga peralatan yang kami tawarkan."

“Malah, kedudukan pasaran motosikal di negeri Johor dijangka akan terus kukuh dalam tempoh 30 tahun akan datang berikutan faktor ekonomi Singapura yang dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis perasmian pembukaan Galeri Jualan QBee – The Garage di Kawasan Perindustrian Tiong Nam di Johor Bahru, pada Ahad (24 Jun).

Menurut Encik Ng, ini merupakan galeri jualan kedua QBee Motor selepas Taman Molek yang dibuka pada 1987.“Selain motosikal kuasa tinggi Suzuki dan Kawasaki, kita turut menjual 18 jenama aksesori yang kebanyakannya diimport dari Sepanyol, Amerika Syarikat dan United Kingdom,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan