Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pengasas, CEO Secretlab dinobat Ushawan EY tahun 2020

Beliau akan mewakili Singapura bagi anugerah Usahawan EY Sedunia pada Jun tahun lalu, bersaing dengan lebih 60 negara bagi gelaran tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas, CEO Secretlab dinobat Ushawan EY tahun 2020
Diterbitkan : 09 Nov 2020 09:07PM Dikemas Kini : 09 Nov 2020 09:09PM

SINGAPURA: Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Secretlab Ian Ang dinobatkan sebagai Usahawan EY Tahun ini bagi Singapura oleh syarikat khidmat profesional, EY.

Demikian diumumkan semasa acara penyampaian anugerah secara maya pada Isnin (9 Nov). Majlis itu dihadiri oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam selaku tetamu terhormat.

Encik Ian Ang juga dipilih sebagai Usahawan EY bagi Produk Pengguna.

Syarikatnya Secretlab memasarkan kerusi khas bagi penggemar permainan komputer.

Beliau akan mewakili Singapura bagi anugerah Usahawan EY Sedunia pada Jun tahun lalu, bersaing dengan lebih 60 negara bagi gelaran tersebut.

Turut menerima anugerah Usahawan EY tahun ini ialah Pengasas dan CEO M-DAQ Pte Ltd, Richard Koh bagi Teknologi Kewangan dan Pengasas bersama dan Pengarah Urusan Mlion Corporation, Leong Jia-Le.

Sumber : CNA/ZM/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan