Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pengarah urusan MAS Ravi Menon dinamakan Tokoh Bank Pusat Terbaik Asia Pasifik tahun ini

Pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon dinamakan Tokoh Bank Pusat Terbaik di Asia Pasifik tahun ini oleh majalah kewangan Britain, The Banker, semalam (4 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah urusan MAS Ravi Menon dinamakan Tokoh Bank Pusat Terbaik Asia Pasifik tahun ini

(Gambar: The Banker).

Diterbitkan : 05 Jan 2018 12:15PM Dikemas Kini : 06 Jan 2018 12:20AM

SINGAPURA: Pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon dinamakan Tokoh Bank Pusat Terbaik di Asia Pasifik tahun ini oleh majalah kewangan Britain, The Banker, semalam (4 Jan).

Majalah tersebut, yang dihasilkan syarikat kumpulan Financial Times, menerbitkan senarai tahunan gabenor bank pusat terbaik berdasarkan tinjauan tokoh bank dan pakar ekonomi.

Ia menukil "pendekatan (MAS) terhadap teknologi kewangan (fintech) sementara memastikan makroekonomi Singapura stabil" antara sebab-sebab utama mengapa Encik Menon mendapat gelaran itu tahun ini.

Majalah itu menyatakan bahawa MAS merupakan antara penguasa pertama yang mempunyai kumpulan fintech khusus bagi menganalisis risiko dan manfaat teknologi.

"Anda hanya boleh menggalak penggunaan teknologi semampu mungkin untuk mengawal dan mengurus risiko. Pusat kewangan yang bijak seharusnya juga pusat kewangan yang selamat," kata Encik Menon kepada The Banker.

Sedang MAS terus melakukan inovasi, The Banker melaporkan bahawa langkah ini tidak dilakukan dengan mengetepikan keselamatan.

Bank pusat itu akan terus berwaspada terhadap risiko-riskon seperti pembiayaan pengganasan dan risiko siber, kata Encik Menon.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat juga pernah menerima anugerah yang sama pada 2011 ketika menggalas jawatan sebagai pengarah urusan MAS. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan