Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pendigitalan bukan satu pilihan tetapi keperluan bagi perniagaan, tegas Iswaran

Usaha pendigitalan perniagaan agak berjaya dengan sekitar 20,000 peserta sudah mendaftarkan diri bagi program SMEs Go Digital anjuran Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jun 2020 07:57PM Dikemas Kini : 10 Jun 2020 08:54PM

SINGAPURA: Usaha pendigitalan perniagaan agak berjaya dengan sekitar 20,000 peserta sudah mendaftarkan diri bagi program SMEs Go Digital anjuran Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Dalam wawancara dengan CNA 938, Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata pendigitalan akan menentukan jika perniagaan dapat bertahan selain terus maju serta memberi manfaat kepada kehidupan dan mata pencarian rakyat Singapura.

Walaupun perniagaan pada masa ini mungkin mengutamakan penakatan mereka, Encik Iswaran berpendapat syarikat-syarikat juga perlu memikirkan tentang prospek perniagaan mereka pada masa depan.

Mendakapi usaha pendigitalan akan menjadi pengupaya utama bagaimana perniagaan dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran sekarang.

Perniagaan boleh mengamalkan huraian digital dalam pemasaran, pembayaran dan juga dalam aspek pengurusan sumber manusia serta inventori.

Encik Iswaran juga menyentuh bagaimana golongan tua mengalu-alukan perjalanan mereka ke arah pendigitalan dan bagaimana usia bukanlah satu penghalang untuk warga tua celik IT tetapi lebih kepada sikap mereka.

"Namun begitu, saya menghormati ada dalam kalangan mereka mempunyai keprihatinan dan penghambatan yang mana kami akan bekerjasama dengan mereka. Kami komited sepenuhnya untuk usaha ini dan itulah sebabnya mengapa kami melaburkan sumber-sumber sebegini," kata Encik Iswaran.

Lantaran itu, beliau menambah bahawa sifat keihsanan adalah ciri penting yang diperlukan dalam kalangan duta digital.

Mereka akan dikerahkan untuk membantu golongan tua serta penjaja melaksanakan huraian digital.

Mereka juga perlu berkomunikasi dan memahami golongan berkenaan kerana golongan itu merupakan kumpulan yang pelbagai.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan