Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pendapatan Grab hampir pulih ke tahap sebelum pandemik COVID-19

Grab, yang sudah berubah daripada sekadar sebuah pengendali aplikasi kereta sewa kepada menawarkan khidmat lain seperti penghantaran makanan dan insuran, menyatakan pada Khamis (22 Okt) pendapatan kumpulannya pada suku ketiga meningkat lebih 95 peratus berbanding tahap sebelum pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendapatan Grab hampir pulih ke tahap sebelum pandemik COVID-19

(Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 22 Oct 2020 09:20PM Dikemas Kini : 22 Oct 2020 09:21PM

SINGAPURA: Grab, yang sudah berubah daripada sekadar sebuah pengendali aplikasi kereta sewa kepada menawarkan khidmat lain seperti penghantaran makanan dan insuran, menyatakan pada Khamis (22 Okt) pendapatan kumpulannya pada suku ketiga meningkat lebih 95 peratus berbanding tahap sebelum pandemik COVID-19.

"Pemulihan perniagaan kami berterusan dengan stabil dengan pendapatan kumpulan suku ketiga melonjak kepada lebih 95 peratus daripada tahap pra-COVID-19," kata Presiden Grab, Ming Maa, dalam satu kemas kini buletin yang diemel mengenai perniagaan syarikat.

Grab, syarikat pemula terbesar di rantau ini dengan nilai lebih AS$14 bilion (S$19 bilion) dan disokong oleh Softbank, pada Jun lalu melepaskan sekitar 360 pekerja atau hampir lima peratus daripada jumlah kakitangannya. Langkah itu dibuat selepas mengurangkan perbelanjaan tidak penting.

Encik Maa berkata perniagaan makanan Grab kini menghasilkan lebih 50 peratus daripada pendapatannya, mencerminkan kenaikan dalam permintaan bagi penghantaran makanan.

"Setelah menubuhkan asas ini, kami akan memberi tumpuan kepada meluaskan perniagaan khidmat kewangan serta khidmat perdagangan kami sepanjang baki tahun ini dan seterusnya," kata beliau

Grab, yang belum lagi meraih keuntungan, sudahpun menerima suntikan pelaburan berjumlah AS$200 juta (S$271 juta) daripada firma ekuiti privet Korea Selatan, STIC Investments, kata Encik Maa. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan