Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pemilik TikTok ByteDance akan labur berbilion dolar di S'pura dalam 3 tahun: Sumber

ByteDance, syarikat yang memiliki TikTok, merancang untuk melaburkan berbilion dolar dan mengambil ratusan pekerja di Singapura setelah memutuskan untuk menempatkan ibu pejabat Asia Tenggaranya di sini, menurut sumber yang mengikuti perkembangan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik TikTok ByteDance akan labur berbilion dolar di S'pura dalam 3 tahun: Sumber

Aplikasi TikTok. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 12 Sep 2020 02:44PM Dikemas Kini : 12 Sep 2020 02:48PM

SINGAPURA: ByteDance, syarikat yang memiliki TikTok, merancang untuk melaburkan berbilion dolar dan mengambil ratusan pekerja di Singapura setelah memutuskan untuk menempatkan ibu pejabat Asia Tenggaranya di sini, menurut sumber yang mengikuti perkembangan tersebut.

ByteDance juga telah meningkatkan pembelian server di sini sebagai sandaran bagi data Amerika Syarikat dalam rancangan luar jangkanya, kata sumber itu kepada Reuters pada Jumaat (11 Sep), sambil menambah bahawa ia memulakan rancangan tiga tahun itu sejak 2019.

Syarikat China itu dipaksa oleh Presiden Donald Trump untuk menjual aset Amerika Syarikat TikTok untuk mengelakkan larangan di Amerika Syarikat.

Pentadbiran Encik Trump memberi sebab risiko keselamatan negara yang mungkin timbul kerana sejumlah besar data peribadi pengguna Amerika Syarikat yang dikumpul oleh aplikasi video singkat itu.

TikTok menyatakan bahawa ia menyimpan semua data pengguna Amerika Syarikat di negara itu, dengan sandaran data di Singapura, yang menurut para penganalisis mungkin lebih menarik bagi syarikat-syarikat yang mencari tempat yang berkecuali di tengah-tengah ketegangan yang meningkat antara Washington dengan Beijing.

ByteDance memutuskan tahun lalu untuk menempatkan ibu pejabat serantaunya di Singapura, yang sejak beberapa tahun ini telah meningkatkan usahanya untuk menarik firma teknologi dan pelabur, menurut sumber itu.

"Walaupun kami menghadapi persekitaran yang tidak menentu, banyak syarikat dari seluruh dunia ... terus mengembangkan operasi mereka di Singapura untuk permintaan pasaran Asia dan antarabangsa," kata Kiren Kumar, naib presiden eksekutif Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura.

PayPal, Siemens, Twitter dan Zoom telah mengumumkan bahawa mereka akan melabur di Singapura tahun ini, kata Encik Kumar.

Bloomberg sebelum ini melaporkan bahawa ByteDance merancang untuk menjadikan bandar itu sebagai gerbang ke seluruh Asia sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan globalnya dan membangunkan pusat data di sana.

Namun, sumber itu memberitahu Reuters bahawa ByteDance belum membuat keputusan mengenai langkah sebegitu, sementara sumber lain mengatakan TikTok telah memindahkan beberapa jurutera ke sana dari China.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan