Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pemegang pas tanggungan yang mahu bekerja perlu mohon pas kerja mulai Mei

Pemegang pas tanggungan (DP) tidak lama lagi perlu mendapatkan pas kerja dan bukan lagi surat izin jika mereka mahu bekerja di Singapura, kata Kementerian Tenaga Kerja pada Rabu (3 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemegang pas tanggungan yang mahu bekerja perlu mohon pas kerja mulai Mei

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 03 Mar 2021 01:05PM Dikemas Kini : 03 Mar 2021 01:07PM

SINGAPURA: Pemegang pas tanggungan (DP) tidak lama lagi perlu mendapatkan pas kerja dan bukan lagi surat izin jika mereka mahu bekerja di Singapura, kata Kementerian Tenaga Kerja pada Rabu (3 Mac).

Langkah itu bertujuan menyelaraskan syarat-syarat dengan warga asing lain yang bekerja di Singapura, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Oleh itu, syarikat-syarikat yang mengambil pemegang DP untuk bekerja perlu mematuhi syarat pengambilan pekerja asing, termasuk gaji, kuota dan levi berkenaan.

Mulai 1 Mei, pemegang DP perlu memohon pas kerja seperti Pas Pekerjaan, Pas S atau permit kerja dan bukan lagi surat izin yang mereka gunakan sekarang.

Mereka yang bekerja menggunakan surat izin akan dibenarkan untuk terus bekerja sehingga tarikh luputnya. Selepas itu, majikan perlu membuat permohonan pas kerja.

Pemegang DP yang bekerja di Singapura dengan surat izin membentuk sekitar 1 peratus daripada keseluruhan pemegang pas kerja, kata Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo dalam ucapan Jawatankuasa Perbekalannya pada Rabu (3 Mac).

PEMEGANG DP YANG JALANKAN PERNIAGAAN

Bagi pemegang DP yang memiliki perniagaan, mereka dibenarkan untuk meneruskannya jika perniagaan mereka menjana pekerjaan tempatan.

Mereka perlu menjadi pemilik tunggal, rakan kongsi atau pengarah dengan sekurang-kurangnya 30 peratus pegangan dalam perniagaan. Syarikat itu mesti menggajikan sekurang-kurangnya seorang warga Singapura atau penduduk tetap yang memperoleh gaji sekurang-kurangnya S$1,400 dan menerima sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk sekurang-kurangnya tiga bulan.

Mereka yang tidak memenuhi syarat ini boleh terus menjalankan perniagaan mereka berdasarkan surat izin sedia ada hingga tarikh luputnya, atau memohon pelanjutan sekali saja sehingga 30 April 2022, apabila mereka memperbaharui pas tanggungan mereka lagi.

Sekiranya mereka ingin memulakan perniagaan baru, mereka boleh memohon surat izin tetapi mesti memenuhi syarat-syarat ini juga.

Butiran lanjut akan dikeluarkan pada 1 Mei, kata Kementerian Tenaga Manusia.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan