Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pemaju Forest City dakwa kenyataan Mahathir bercanggah

Syarikat pemaju Forest City di Johor pada Isnin (27 Ogos) mendakwa kenyataan Dr Mahathir Mohamad berhubung projek itu seperti dilaporkan media bertentangan dengan hasil pertemuan beliau dengan syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Aug 2018 08:06AM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 12:05AM

MALAYSIA: Syarikat pemaju Forest City di Johor pada Isnin (27 Ogos) mendakwa kenyataan Dr Mahathir Mohamad berhubung projek itu seperti dilaporkan media bertentangan dengan hasil pertemuan beliau dengan syarikat itu.

Menurut Malaysiakini dalam satu kenyataan, Country Garden Pacificview Sdn Bhd (Country Garden) menyatakan bahawa perdana menteri sudah bertemu dengan pengasas dan pengerusi syarikat pemaju hartanah China, Country Garden Holdings, Yeung Kwok Keung.

"Mereka mengadakan pertemuan tertutup pada 16 Ogos 2018, sebelum lawatan beliau ke Beijing.

"Ketika itu, Dr Mahathir menegaskan beliau mengalu-alukan pelaburan asing yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan, mempromosikan pemindahan teknologi dan inovasi dan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," menurut kenyataan tersebut.

Syarikat itu mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Isnin (27 Ogos) bahawa kerajaan akan menghalang orang asing daripada membeli hartanah di Forest City, lapor Malaysiakini.

Country Garden menyatakan bahawa projek Forest City mematuhi semua peraturan dan undang-undang dengan kelulusan yang diperlukan untuk penjualan kepada pihak dari luar negara.

Malaysiakini melaporkan bahawa syarikat itu menukil Kanun Tanah Negara 1965 yang menyatakan bukan warganegara dan syarikat asing boleh memperolehi tanah jika mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri.

Syarikat tersebut menyatakan bahawa pihaknya sedang meminta penjelasan pejabat perdana menteri berhubung perkara itu kerana "yakin komen Mahathir dilaporkan secara luar konteks oleh beberapa media."

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan