Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pemaju data Israel intai kerjasama dengan bursa S'pura

Pemaju pangkalan data Israel 'SQream' sedang mempertimbangkan untuk memasuki bursa Singapura (SGX) dan di Tel Aviv.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemaju data Israel intai kerjasama dengan bursa S'pura
Diterbitkan : 27 May 2019 09:20PM Dikemas Kini : 27 May 2019 09:26PM

SINGAPURA: Pemaju pangkalan data Israel 'SQream' sedang mempertimbangkan untuk memasuki bursa Singapura (SGX) dan di Tel Aviv.

Ini selepas kedua-dua bursa menandakan ulang tahun mereka yang pertama bekerjasama untuk meningkatkan peluang dan modal, terutama bagi syarikat-syarikat teknologi.

SQream di kalangan 10 syarikat teknologi di Singapura yang membentangkan rancangan perniagaan mereka kepada para pelabur.

Tahun lalu, ia berjaya mendapat $26.4 juta dan syarikat pemula teknologi Israel itu berharap dapat memanfaatkan Singapura sebagai platform pertumbuhannya.

Ini kerana Singapura terkenal dengan kedudukannya sebagai hab teknologi global dan pintu masuk ke pasaran Asia.

Malah menurut duta Israel ke Singapura, Simona Halperin, firma teknologi Israel yang ingin beroperasi di sini boleh meraih manfaat daripada sekitaran perniagaan Singapura.

Dengan jumlah penduduk sebanyak 8.5 juta, Israel mempunyai jumlah syarikat pemula yang terbanyak, iaitu satu syarikat pemula bagi setiap 1,400 orang.

SGX menyatakan kerjasama itu juga membantu mengukuhkan sektor teknologi di samping memenuhi impian Singapura untuk menjadi hab R&D dan teknologi global. 

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan