Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pelanggan UOB boleh tandatangani dokumen elektronik guna Singpass mulai 2022

Para pelanggan UOB boleh menandatangani dokumen-dokumen elektronik menggunakan aplikasi Singpass mulai 2022, menurut bank itu pada Khamis (10 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan UOB boleh tandatangani dokumen elektronik guna Singpass mulai 2022

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 10 Jun 2021 01:49PM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 01:51PM

SINGAPURA: Para pelanggan UOB boleh menandatangani dokumen-dokumen elektronik menggunakan aplikasi Singpass mulai 2022, menurut bank itu pada Khamis (10 Jun).

Di bawah skim perintis selama 12 bulan itu, UOB turut mendedahkan bahawa ia adalah yang pertama untuk menguji penggunaan khidmat tandatangan elektronik "ke atas sekumpulan pelanggan runcit dan korporatnya".

"Sesetengah urus niaga di bawah projek perintis ini akan merangkumi pelbagai jenis khidmat perancangan kewangan individu dan aplikasi korporat PayNow," menurut UOB dalam kenyataan medianya.

Setelah tamat tempoh perintis itu, khidmat tersebut akan diperluaskan untuk merangkumi lebih banyak produk dan khidmat UOB bagi segmen runcit dan borong di Singapura.

"Bank kami juga merancang untuk memperluaskan kapasiti tandatangan elektronik ke seluruh rantau ini mulai 2022," dedah UOB.

Bagi pasaran tanpa wadah pengenalan digital kebangsaan, UOB akan menggunakan tandatangan elektronik dan mengesahkan pelanggan menerusi Pengesahan Data Tahap Kedua (2FA).

UOB menyatakan ia adalah yang pertama di Singapura untuk merintis penggunaan Sign with Singpass GovTech bagi mengesahkan urus niaga atau permohonan produk menggunakan tandatangan digital pelanggan.

Tandatangan digital dapat dikenal pasti dan dihubungkan secara unik dengan individu yang menandatanganinya, menurut UOB. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan