Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pelanggan GrabPay, Singtel Dash, Liquid Pay kini boleh guna PayNow pindah dana antara akaun, e-dompet

Pengguna GrabPay, Singtel Dash dan Liquid Pay kini boleh menggunakan PayNow untuk memindahkan wang, iaitu kali pertama institusi kewangan bukan bank menawarkan PayNow, umum Persatuan Bank di Singapura (ABS) pada Isnin (8 Februari).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan GrabPay, Singtel Dash, Liquid Pay kini boleh guna PayNow pindah dana antara akaun, e-dompet

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 08 Feb 2021 09:25PM Dikemas Kini : 08 Feb 2021 09:29PM

SINGAPURA: Pengguna GrabPay, Singtel Dash dan Liquid Pay kini boleh menggunakan PayNow untuk memindahkan wang, iaitu kali pertama institusi kewangan bukan bank menawarkan PayNow, umum Persatuan Bank di Singapura (ABS) pada Isnin (8 Februari).

Pengguna boleh membuat atau menerima pindahan antara akaun bank dan e-dompet, termasuk e-dompet berbeza, jelas ABS.

Mereka juga boleh menggunakan e-dompet untuk membuat pembayaran kepada peniaga yang menerima pemindahan wang melalui PayNow, sedang institusi kewangan bukan bank secara bertahap-tahap melancarkan ciri itu sepanjang tahun ini.

Untuk menyokong kaedah pemindahan ini, proksi pembayaran baru yang disebut Alamat Pembayaran Maya (Virtual Payment Address atau VPA) telah diperkenalkan. Ini membolehkan individu menghubungkan nombor telefon bimbit mereka dengan e-dompet, walaupun sudah dikaitkan ke satu akaun bank.

Pengguna yang nombor telefon bimbitnya sudah dihubungkan dengan akaun bank di bawah pendaftaran PayNow yang ada tidak perlu buat membatalkan pendaftaran nombor telefon mereka, kerana VPA membezakan pendaftaran PayNow yang dihubungkan ke akaun bank dengan yang dihubungkan dengan e-dompet.

Setiap VPA terdiri daripada nombor telefon bimbit pengguna, termasuk kod negara, diikuti oleh ‘#’ dan nama e-dompet, seperti ‘+6591234567#GRAB’ atau ‘+ 6591234567#DASH’.

Walaupun proksi PayNow sedia ada seperti nombor telefon, kad pengenalan NRIC/FIN dan Nombor Entiti Unik (UEN) hanya boleh dihubungkan ke akaun bank, VPA hanya dapat dihubungkan ke e-dompet.

Dengan penambahan Grab Financial Group, Singtel Dash dan Liquid Group, kini terdapat 12 institusi yang menawarkan PayNow, termasuk sembilan bank.

Setakat 24 Jan, terdapat hampir lima juta pendaftaran PayNow, dan lebih S$50 bilion telah bertukar tangan melalui PayNow sejak ia dilancarkan pada Julai 2017.


Pada Disember 2020, urus niaga menggunakan PayNow mencecah lebih S$5.08 bilion.

"Kami berbesar hati mengumumkan bahawa mulai hari ini, pengguna GrabPay Wallet secara bertahap-tahap akan dapat menikmati lebih banyak cara untuk berurus niaga dengan lancar menggunakan GrabPay sedang kami memperkenalkan ciri baru bagi GrabPay Wallet," kata Grab dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Pengguna GrabPay boleh memindahkan dana dari e-dompet GrabPay mereka ke mana-mana akaun PayNow dan menokok nilai e-dompet mereka menggunakan PayNow.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, ketua pegawai eksekutif Liquid Group (CEO) dan pengasas bersama XNAP Network, Encik Jeremy Tan berkata: "Kami sangat gembira dapat menjadi salah satu daripada tiga institusi kewangan bukan bank yang menawarkan khidmat PayNow, dan kami berharap dapat melancarkan lebih banyak perkhidmatan yang dipertingkat dalam beberapa bulan akan datang. "

Dalam satu kenyataan kepada Mediacorp, Ketua Pegawai Eksekutif Singtel's International Group Encik Arthur Lang berkata: "Kami gembira dapat menjadi sebahagian daripada titik penting industri ini yang membolehkan kami meningkatkan lagi Singtel Dash sebagai aplikasi seharian yang inklusif."

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan