Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pelancongan, perdagangan potensi besar antara ASEAN-India

Hubungan rakyat dengan rakyat perlu dipertingkat menerusi perdagangan dan kedatangan pelancong dari India ke negara ASEAN dan sebaliknya, menurut Majlis Perniagaan ASEAN-India (AIBC).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancongan, perdagangan potensi besar antara ASEAN-India

Gambar fail bendera ASEAN dan bendera negara-negara anggota ASEAN. (Gambar: Remeo Gacad/AFP)

Diterbitkan : 26 Oct 2019 10:00PM Dikemas Kini : 26 Oct 2019 10:03PM

KUALA LUMPUR: Hubungan rakyat dengan rakyat perlu dipertingkat menerusi perdagangan dan kedatangan pelancong dari India ke negara ASEAN dan sebaliknya, menurut Majlis Perniagaan ASEAN-India (AIBC).

Pengerusi bersama majlis itu, Encik Ramesh Kodammal, berkata India dan blok 10 anggota itu perlu bekerja dalam pelbagai projek untuk terus mengukuhkan hubungan perdagangan, terutama melalui laluan udara.

Encik Kodammal, dari Malaysia, berkata India merupakan negara sumber kelapan terbesar dari segi pelancongan, di mana kira-kira 2.8 juta pelancong melawat ASEAN pada 2016, dan jumlah itu semakin meningkat.

"Pada tahun sama, 750,000 pelancong ASEAN melawat India, terutamanya dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

"Bagaimanapun, jumlah ini tidak mencerminkan potensi sebenar. Jadi adalah penting untuk mencari jalan memudahkan dan meningkatkan kesalinghubungan bagi menggandakan jumlah pelancong India melawat ASEAN atau sebaliknya, mungkin sehingga tiga kali ganda," katanya kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama di Kuala Lumpur pada Khamis (24 Okt).

Perkara itu turut dibangkitkan AIBC di luar Sidang Kemuncak Perniagaan India ASEAN keempat dan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan 2019 di Manila, Filipina yang berlangsung pada 19 Oktober.

Encik Ramesh berkata pada masa ini, tidak terdapat penerbangan terus antara India dengan Filipina, sebaliknya syarikat penerbangan perlu memanfaatkan peluang ini.

Katanya, intergrasi ASEAN dan India semakin meningkat menerusi kerjasama dan perjanjian ekonomi.

"Pada 2003, pemimpin ASEAN dan India memeterai Perjanjian Kerangka Kerja ASEAN-India mengenai Kerjasama Ekonomi Komprehensif di Phnom Penh, Kemboja semasa Sidang Kemuncak ASEAN kedua.

"Perjanjian itu meletakkan asas bagi penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-India untuk perdagangan barangan, perkhidmatan dan pelaburan," katanya.

Perdagangan dua hala antara negara ASEAN dan India mencapai AS$80.8 bilion (S$110.1 bilion) pada 2018, peningkatan 9.8 peratus berbanding 2017.

Pelaburan langsung asing (FDI) dari India ke ASEAN pula berjumlah US$1.8 bilion (S$2.45 bilion) pada 2018, dengan aliran masuk FDI ke India dari ASEAN mencecah US$16.41 bilion (S$22.37 bilion).

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan