Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelan Perkilangan 2030: Keupayaan memenuhi keperluan pasaran dengan cepat penting bagi Singapura

Menteri MTI Chan Chun Sing berkata mengembangkan produk yang dihasilkan dengan pantas akan meningkatkan daya saing Singapura dalam dunia pasca COVI-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Mar 2021 05:28PM Dikemas Kini : 11 Mar 2021 09:38PM

SINGAPURA: Keupayaan untuk mengembangkan produk-produk yang dihasilkan pada kadar yang pantas.

Menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Chan Chun Sing, keupayaan tersebut akan membantu Singapura membina daya saing yang menguntungkan dalam dunia pasca pandemik COVID-19.

Beliau berkata demikian di satu sidang puncak perniagaan yang dianjurkan Dewan Perniagaan Amerika, hari ini (11 Mac).

Encik Chan berkata gagasan itu menjadi matlamat utama dalam peta hala tuju Perkilangan 2030 Singapura.

Tambah beliau, Singapura boleh kekal di hadapan dengan memilih produk-produk yang ingin dihasilkan serta merebut peluang dalam segmen-segmen baru seperti pengurusan daya tenaga dan kenderaan tanpa pemandu.

"Saya percaya mengamalkan aturan "yang baik tetapi lebih pantas" akan sentiasa mengatasi "yang lebih baik tetapi lebih perlahan" kerana keupayaan untuk memenuhi keperluan pasaran pada kadar yang pantas adalah genting," kata Encik Chan.

"Inilah yang akan kami usahakan bagi Pelan Perkilangan 2030, membantu syarikat-syarikat mendapat akses kepada huraian-huraian dengan pantas."

Menurutnya, tidak mudah bagi syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) yang biasa, untuk mereka membina keupayaan rekaan yang unik bagi mereka bentuk produk semula produk dan sistem pengeluaran masing-masing.

"Bagaimanapun jika kita boleh, secara kolektif, menawarkan khidmat reka bentuk dan pengembangan, saya rasa ia akan meningkatkan keupayaan sebenar syarikat-syarikat kita," ujarnya. 

Sumber : CNA/AI/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan