Pelan Digital Perusahaan Pengangkutan Laut suntik S$3.7 juta bagi SME
Sebanyak S$3.7 juta diperuntukkan bagi membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam perusahaan maritim melaksanakan huraian dalam Pelan Digital Perusahaan Pengangkutan Laut untuk tiga tahun akan datang.
SINGAPURA: Sebanyak S$3.7 juta diperuntukkan bagi membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam perusahaan maritim melaksanakan huraian dalam Pelan Digital Perusahaan Pengangkutan Laut untuk tiga tahun akan datang.
Demikian diumumkan pada Rabu (10 Apr) oleh Menteri Negara Kanan Pengangkutan Lam Pin Min di Persidangan Teknologi Maritim.
Usaha untuk pendigitalan perusahaan maritim mendapat rangsangan dengan pelancaran Pelan Digital Perusahaan bagi agensi perkapalan dan syarikat-syarikat bot tunda.
Ia menyediakan garis panduan kepada syarikat-syarikat ke arah pendigitalan.
Selain melakar huraian bagi setiap tahap pertumbuhan, ia juga memberi panduan tentang permohonan mendapatkan geran.
Menurut syarikat-syarikat SME, pelan tersebut akan menggalak lebih banyak penyertaan.
Pihak berkuasa pula sedang meluaskan rangkaian program dan bengkel yang ditawarkan.
Pelan Digital bagi sektor lain pengangkutan laut akan diperkenalkan dalam tiga tahun akan datang.
Laporan berkaitan:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.