Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pelan baru industri digital dilancar bagi sektor perakaunan

Sektor perakaunan Singapura akan mendapat rangsangan dalam usaha pendigitalan menerusi satu pelan industri digital baru yang dilancarkan pada Khamis (22 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelan baru industri digital dilancar bagi sektor perakaunan
Diterbitkan : 22 Aug 2019 07:17PM Dikemas Kini : 22 Aug 2019 07:18PM

SINGAPURA: Sektor perakaunan Singapura akan mendapat rangsangan dalam usaha pendigitalan menerusi satu pelan industri digital baru yang dilancarkan pada Khamis (22 Ogos).

Pelan tersebut akan membantu perniagaan kecil dan sederhana (SMP) menggunakan teknologi untuk meningkatkan daya keluaran serta daya saing.

SMP membentuk 98 peratus industri perakaunan.

Pelan industri digital merangkumi sebuah peta perancangan digital untuk memberi panduan kepada SMP bagi huraian yang boleh dilaksanakan selain latihan untuk pekerja bagi setiap peringkat pembangunan digital.

Pemerintah berharap pelan tersebut akan membantu syarikat-syarikat mengharungi rintangan dalam penggunaan teknologi.

Ini termasuk kos permulaan tinggi, kekurangan teknologi dan integrasi proses kerja serta kekurangan kemahiran untuk menggunakan teknologi dengan secara berkesan.  

Sumber : CNA/NU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan