Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pelaburan syarikat terkemuka petanda keyakinan terhadap S'pura

S'pura akan terus manfaatkan kekuatannya untuk tarik pelaburan asing demi jana pekerjaan bagi rakyat setempat, kata Menteri MTI Chan Chun Sing.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2021 10:03PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 10:08PM

SINGAPURA: Sebuah kemudahan pengilangan baru yang dibangunkan oleh syarikat kimia DuPont di sini, bukan sahaja akan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi bagi industri tersebut.

Malah ia juga akan memperkukuhkan kedudukan Singapura dalam rantaian bekalan sejagat bagi pemakanan haiwan serta makanan dan minuman.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Rabu (13 Jan) berkata pelaburan itu adalah satu petanda tentang keyakinan terhadap kekuatan Singapura.

Menjelaskan kekuatan-kekuatan tersebut, Encik Chan berkata: 

"Rantaian bekalan logistik yang utuh, perlindungan kukuh yang kita laksanakan bagi hak milik intelektual, keupayaan kita membawa masuk pasukan berbakat untuk bekerjasama dan sesuaikan produk bagi pasaran serantau, dan kesedaran meningkat tentang bagaimana Singapura boleh mainkan peranan dalam agenda kemampanan global.

"Keempat-empat faktor ini akan terus meletakkan Singapura dalam kedudukan yang baik, dan kita akan terus bersaing keras untuk menarik pelaburan seumpama itu ke Singapura untuk menjana kerja lebih baik bagi warga Singapura."

Menurut beliau, institusi-institusi pengajian tinggi (IHL) juga sedang meningkatkan usaha untuk memupuk dan membangunkan bakat tempatan.

Ini di samping meningkatkan kerjasama penyelidikan dengan syarikat-syarikat bagi memikat lebih banyak pelaburan global. 

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan