Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pelaburan pawagam di Arab Saudi bakal cecah S$1.8 bilion tahun ini

Pelaburan bagi membina pawagam baru di Arab Saudi dijangka mencecah 5 bilion Riyal Saudi (SAR) (S$1.81 bilion) pada 2020, menurut perangkaan terkini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelaburan pawagam di Arab Saudi bakal cecah S$1.8 bilion tahun ini

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Jan 2020 12:04AM Dikemas Kini : 30 Jan 2020 12:05AM

RIYADH: Pelaburan bagi membina pawagam baru di Arab Saudi dijangka mencecah 5 bilion Riyal Saudi (SAR) (S$1.81 bilion) pada 2020, menurut perangkaan terkini.

Menurut data yang diterbitkan menjelang sidang Cinema Build KSA 2020, yang bakal diadakan di hotel Fairmont di Riyadh 19-20 Feb, sebanyak 140 pawagam dirancang dibuka di 30 pusat beli-belah di seluruh kerajaan itu. Ini sekali gus menawarkan lebih 5,300 peluang pekerjaan.

Industri pawagam Arab Saudi akan menikmati pertumbuhan besar dan bakal menjadi peneraju di rantau itu, setelah meraih perhatian pemegang taruh di seluruh dunia. Ini menurut ramalan rakan sidang Great Minds Group.

Dengan lebih 1,320 skrin pawagam dirancang untuk kerajaan itu, permintaan untuk bahan dan sumber-sumber untuk membina pawagam sudah meningkat dengan mendadak.

Laporan Cinema Build KSA mendedahkan bahawa sekitar 158,760 tempat duduk di pawagam dan permaidani seluas lebih 5,953,500 kaki persegi diperlukan untuk merealisasikan pertumbuhan tahun ini.

Salah satu daripada sasaran utama pelan reformasi Visi 2030 adalah meningkatkan perbelanjaan keluarga bagi hiburan domestik dari 2.9 peratus kepada 6 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan. Demikian jika mengambil kira bahawa warga Arab Saudi berbelanja sekitar S$40 bilion setiap tahun bagi pelancongan dan hiburan di luar negara itu.

Tindakan menyokong dan memperluaskan sektor pawagam yang pesat berkembang itu, bukan sahaja memulihkan pelaburan Arab Saudi di luar negara tetapi juga menawarkan lebih 5,300 peluang pekerjaan pada 2020 dalam pasaran Arab Saudi, menurut laporan Cinema Build KSA. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan