Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pelaburan CPF tumbuh 1.8% pada suku kedua 2019

Amanah saham dan produk insurans berkaitan dengan pelaburan yang dibeli menggunakan wang simpanan CPF di bawah Skim Pelaburan CPF meraih pulangan positif sebanyak 1.9 peratus dalam suku kedua 2019, menurut data yang dikeluarkan oleh sebuah firma kajian kewangan pada Rabu (28 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelaburan CPF tumbuh 1.8% pada suku kedua 2019

Gambar fail bangunan CPF. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 28 Aug 2019 07:20PM Dikemas Kini : 28 Aug 2019 07:22PM

SINGAPURA: Amanah saham dan produk-produk insurans berkaitan dengan pelaburan yang dibeli menggunakan wang simpanan CPF di bawah Skim Pelaburan Tabung Simpanan Pekerja (CPFIS) meraih pulangan positif sebanyak 1.9 peratus dalam suku kedua 2019 sedang pasaran-pasaran global terus bangkit, menurut data yang dikeluarkan oleh firma kajian kewangan Refinitiv’s Lipper pada Rabu (28 Ogos).

Pulangan produk-produk sedemikian di bawah CPFIS meningkat 1.86 peratus, manakala produk-produk insurans yang ada kaitan dengan insurans (ILP) naik 1.92 peratus.

Terdapat sejumlah 237 saham dan produk di bawah CPFIS, termasuk 87 unit amanah dan 150 ILP.

Semua jenis aset mencatat pulangan positif, dengan dana aset campuran menunjukkan peningkatan terbesar sebanyak 2.04 peratus. Ini disusuli dengan dana ekuiti pada 1.94 peratus, dana bon pada 1.61 peratus dan dana pasaran wang, yang mencatat pulangan terendah, pada 0.34 peratus.

Bagi tempoh sama yang berakhir pada 30 Jun, indeks tanda aras seperti MSCI World TR USD naik 4.08 peratus dan Indeks FTSE WGBI naik 3.45 peratus manakala MSCI AD Asia ex Japan mencatat pulangan negatif 0.67 peratus.

Secara purata, dana CPFIS mencatat pulangan positif sebanyak 7.82 peratus pada suku pertama tahun ini.

PULANGAN LEBIH BAIK DALAM JANGKA PANJANG

Meskipun pulangan pada suku kedua 2019 adalah lebih rendah berbanding kadar faedah 2.5 peratus yang boleh diraih para pencarum CPF sekiranya mereka menyimpan dana mereka dalam Akaun Biasa, pulangan jangka panjang kelihatan lebih positif.

Sepanjang tempoh setahun, prestasi dana CPFIS secara purata meningkat 2.21 peratus, dengan amanah saham meningkat 1.81 peratus dan ILP naik 2.46 peratus.

Bagi tempoh tiga tahun pula, ia secara purata mencatat pulangan positif sebanyak 26.23 peratus - dengan amanah saham meraih peningkatan 28.28 peratus dan ILP mencatatkan kenaikan sebanyak 24.91 peratus.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan