Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pelabuhan di Johor bakal jadi hab perdagangan produk halal

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Iskandar Halal Park (IHP) hari ini (29 Okt) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjadikan pelabuhan di negeri itu sebagai hab perdagangan dan logistik bagi produk halal.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelabuhan di Johor bakal jadi hab perdagangan produk halal

(Gambar: Beawiharta/Reuters)

Diterbitkan : 29 Oct 2018 04:01PM Dikemas Kini : 29 Oct 2018 04:38PM

JOHOR BAHRU: Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Iskandar Halal Park (IHP) hari ini (29 Okt) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjadikan pelabuhan di negeri itu sebagai hab perdagangan dan logistik bagi produk halal.

MoU yang dimeterai sempena Minggu Pelabuhan 2018 itu akan menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama untuk memastikan persekitaran logistik di Johor bersedia ke arah perdagangan dan logistik produk halal, khususnya di IHP.

Pengurus Besar LPJ, Muhammad Razif Ahmad, berkata langkah itu penting memandangkan pasaran produk halal dijangka bernilai sehingga AS$58.3 bilion (S$80.5 bilion) pada tahun 2020.

“Saya rasa ini yang akan kita teroka bersama Iskandar Halal Park dan apabila ada kargo (produk halal), kita sudah bersedia sepenuhnya dari segi logistik dan rantaian bekalan.

“Bagaimanapun, usaha ini tidak bermakna kita memerlukan pelabuhan khusus untuk mengendalikan produk tersebut. Kita akan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan di dua pelabuhan sedia ada (Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas),” katanya.

Menurut Encik Muhammad Razif, keberkesanan untuk meningkatkan daya saing pelabuhan tidak hanya bergantung kepada pengendali atau operator pelabuhan semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan aktif daripada agensi kerajaan.

Penglibatan itu, kata beliau, termasuk peranan mereka dalam melaksanakan kerja-kerja pelepasan kapal dan sebagainya.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan