Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pekerja digalak manfaatkan pelbagai inisiatif dan program latihan SkillsFuture

Para pekerja dinasihati agar jangan "bersikap reaktif" dalam mengharungi cabaran dan norma baru selepas pandemik COVID-19. Demikian nasihat Cik Hayarti Saleh, seorang penasihat kerjaya SkillsFuture.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para pekerja dinasihati agar jangan "bersikap reaktif" dalam mengharungi cabaran dan norma baru selepas pandemik COVID-19.

Demikian nasihat Cik Hayarti Saleh, seorang penasihat kerjaya SkillsFuture.

Cik Hayarti menasihati para pekerja agar lebih prihatin tentang sebarang perubahan dalam syarikat di mana mereka bekerja.

"Kita lihat di sekeliling kita, di dalam syarikat. Apakah perubahan yang terjadi dalam syarikat kita. Dari situ boleh ambil langkah sewajarnya untuk pertingkat kemahiran, bukan sekadar mengambil sikap tunggu dan lihat," jelas belau.

Beliau menggalakkan para pekerja agar memanfaatkan pelbagai program dan inisiatif
yang disediakan SkillsFuture.

Terdapat sebilangan pekerja, terutama dalam golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) yang teragak-agak untuk menyertai kursus.

Cik Hayarti Saleh

Menurutnya ada banyak kursus pensijilan yang disasarkan kepada golongan itu.

"Banyak orang yang mempunyai salah anggap bahawa SkillsFuture hanya untuk mereka yang bekerja dan kursus-kursus yang disediakan hanyalah untuk golongan yang berkolar biru."

"Selalunya mereka tidak tahu apakah yang harus mereka lakukan dan apakah kursus-kursus yang boleh mereka ambil," kata beliau.

Ada juga yang menyangka kemahiran baru yang diraih bersifat jangka pendek dan tidak lagi relevan dalam masa beberapa tahun lagi.

"Kemahiran itu tidak bertahan lama. Ia ada jangka hayat dalam masa lima tahun. Umpamanya telefon bimbit yang ada di pasaran sekarang dengan telefon bimbit kita gunakan lima tahun yang lalu tidak sama, perubahannya sangat ketara," tambah beliau

Cik Hayarti, bersama panel pakar kerjaya dan keusahawanan lain akan berkongsi bagaimana para pekerja dapat memperkasa keupayaan dan emahiran di webinar pembelajaran sepanjang hayat "Ke Mana Kita" anjuran BERITAmediacorp, Sabtu ini.

Sesi perbincangan maya itu bermula pada jam 11.00 pagi.

Orang ramai boleh berdaftar secara secara percuma di portal berita.mediacorp.sg.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan