Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pegawai kanan Grab dipotong gaji 20%

Syarikat gergasi khidmat kereta sewa, Grab, mengumumkan pada Isnin (30 Mac) bahawa gaji pegawai kanannya, termasuk pengasas bersama syarikat itu, akan dipotong sebanyak 20 peratus, sebagai sebahagian langkah menangani kesan wabak COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai kanan Grab dipotong gaji 20%

Pusat R&D Grab di Marina One. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 30 Mar 2020 08:27PM Dikemas Kini : 30 Mar 2020 08:31PM

SINGAPURA: Syarikat gergasi khidmat kereta sewa, Grab, mengumumkan pada Isnin (30 Mac) bahawa gaji pegawai kanannya, termasuk pengasas bersama syarikat itu, akan dipotong sebanyak 20 peratus, sebagai sebahagian langkah menangani kesan wabak COVID-19.

Grab juga mengumumkan bahawa dalam tempoh beberapa minggu akan datang, ia akan meluaskan khidmat GrabMart ke lebih banyak negara, termasuk Filipina, Myanmar dan Kemboja, sebagai menyahut permintaan yang meningkat bagi khidmat penghantaran makanan dan keperluan seharian lain.

"Para pengguna boleh melungsuri GrabMart untuk membeli barangan keperluan dapur dari kedai runcit, kedai serbaneka dan farmasi tanpa perlu keluar rumah mereka," kata Grab.

Khidmat itu kini disediakan di Indonesia, Malaysia, Singapura, Vietnam dan Thailand.

Selain itu, khidmat bantuan peribadi, GrabAssistant, juga akan diperluaskan ke Filipina, Indonesia dan Thailand serta akan dilancarkan semula di Vietnam.

Para pekerja Grab juga boleh membuat sumbangan secara sukarela bagi membantu membiayai langkah-langkah bantuan yang disediakan syarikat itu untuk para pemandunya dan juga peniaga GrabFood. Grab akan memadankan sumbangan itu dengan menokok setiap dolar yang disumbangkan.

Langkah-langkah bantuan itu termasuk bantuan kewangan dan pengecualian sewa untuk pemandu yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19, perlindungan insurans terhadap penyakit itu serta menyediakan sokongan pendapatan bagi pemandu yang layak.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp  

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan