Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pegawai Eropah gesa Bank Dunia kecualikan pelaburan bahan api fosil

Para pegawai kanan dari Eropah menggesa pihak pengurusan Bank Dunia untuk memperluas strategi perubahan iklimnya untuk mengecualikan pelaburan dalam projek berkaitan minyak dan arang batu di seluruh dunia, dan secara bertahap-tahap menghentikan pelaburan dalam projek gas asli.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai Eropah gesa Bank Dunia kecualikan pelaburan bahan api fosil

Gambar fail 23 Nov 2017 menunjukkan gudang arang batu dekat loji jana kuasa di kawasan Kiev, Ukraine (Gambar: REUTERS/Valentyn Ogirenko)

Diterbitkan : 27 Feb 2021 12:34PM Dikemas Kini : 27 Feb 2021 12:53PM

WASHINGTON: Para pegawai kanan dari Eropah menggesa pihak pengurusan Bank Dunia untuk memperluas strategi perubahan iklimnya untuk mengecualikan pelaburan dalam projek berkaitan minyak dan arang batu di seluruh dunia, dan secara bertahap-tahap menghentikan pelaburan dalam projek gas asli, menurut tiga sumber yang dekat dengan hal itu.

Dalam surat enam halaman bertarikh pada Rabu (24 Feb), pengarah-pengarah eksekutif Bank Dunia yang mewakili negara-negara pemegang saham utama Eropah dan Kanada, menyambut baik langkah Bank untuk memastikan pinjamannya menyokong usaha mengurangkan pelepasan karbon.

Namun mereka menyeru Bank itu - penyedia pembiayaan iklim terbesar untuk negara membangun - agar mengambil langkah lanjut, menurut sumber itu.

Pegawai tersebut menarik perhatian kepada pelaburan Bank Dunia sebanyak AS$620 juta (S$826.09 juta) dalam projek gas asli cair bernilai berbilion dolar di Mozambique yang diluluskan oleh lembaga Bank pada Januari, tetapi tidak meminta ia dibatalkan, menurut salah satu sumber.

Banyak cadangan yang disertakan dalam surat itu sudahpun dicerminkan dalam rancangan tindakan iklim fasa kedua untuk tahun fiskal 2021-2025 yang kini sedang dimuktamadkan oleh para pegawai Bank, kata dua sumber. Rancangan pertama bermula pada tahun fiskal 2016.

Amerika Syarikat, pemegang saham terbesar di Bank Dunia, bulan ini menyertai kembali perjanjian iklim Paris 2015, dan telah berikrar untuk menggerakkan institusi berbilang hala dan institusi pinjaman awam Amerika Syarikat ke arah "pelaburan berselaras dengan iklim dan menjauhi pelaburan karbon tinggi."

Presiden Bank Dunia, David Malpass memberitahu para pegawai kewangan dari Perkumpulan 20 ekonomi pada Jumaat (26 Feb) bahawa Bank itu akan membuat jumlah rekod pelaburan dalam pengawalan dan penyesuaian perubahan iklim untuk tahun kedua berturut-turut pada 2021.

Beliau berkata badan itu juga akan melakukan pengkajian semula yang baru untuk menyepadukan isu iklim ke dalam semua diagnostik dan strategi negara, langkah yang dimulakan sebelum surat dari para pegawai Eropah itu, kata salah satu sumber.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan