Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

PayNow S'pura dihubungkan dengan PromptPay Thailand bagi pembayaran cepat

PayNow S'pura dihubungkan dengan PromptPay Thailand bagi pembayaran cepat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Apr 2021 03:07PM Dikemas Kini : 29 Apr 2021 09:07PM

SINGAPURA: Mulai Khamis (29 Apr), para pengguna PayNow Singapura dan PromptPay Thailand boleh mengirimkan sehingga S$1,000 atau THB25,000 sehari antara dua-dua negara menggunakan nombor telefon.

Ini kerana sistem pembayaran kedua-dua wadah itu sudah dihubungkan.

Menerusi satu kenyataan media bersama, Penguasa Kewangan Singoura (MAS) dan Bank of Thailand (BOT) menyatakan ketersambungan itu akan membolehkan para pengguna kedua-dua bank untuk membuat pemindahan wang "secara lancar dan selamat" antara akaun-akaun di kedua-dua negara.

"Pemindahan wang itu akan selesai dalam masa beberapa minit sahaja, menandakan peningkatan daripada purata satu atau dua hari bekerja yang diperlukan oleh kebanyakan huraian pengiriman wang rentas sempadan," menurut kedua-dua bank tersebut.

MAS dan BOT menyifatkan ketersambungan itu sebagai "yang pertama seumpamanya di peringkat global".

Bank-bank di Singapura yang menyertainya adalah DBS, UOB dan OCBC. Manakala di Thailand empat bank yang turut serta adalah, iaitu Bank Bangkok, Kisokornbank, Bank Krung Thai dan Bank Komersil The Siam.

Bank-bank tersebut komited untuk menetapkan tanda aras yuran mereka mengikut harga pasaran, menutut BOT dan MAS.

"Yurannya boleh dimampui dan dengan jelas ditunjukkan kepada pengirim sebelum mengesahkan pemindahan yang akan dibuat," menurut dua bank pusat itu.

"Para pengirim juga akan dapat melihat yuran pertukaran matawang asing sebelum mengirimkan wang, dengan kadarnya ditetapkan mengikut kadar pasaran."

Ketersambungan PayNow-PromptPay itu adalah kerjasama utama di bawah Ketersambungan Pembayaran ASEAN yang diperkenalkan pada 2019, menurut BOT dan MAS.

Kedua-duanya menyatakan bahawa ketersambungan itu "amat sejajar" dengan usaha-usaha oleh G20, Lembaga Kestabilan Kewangan dan badan-badan penetapan piawaian antarabangsa lain untuk memudahkan aturan pembayaran rentas sempadan yang "lebih cepat, murah, inklusif dan telus".

Kedua-dua bank pusat itu menambah bahawa ia akan "secara bertahap-tahap meluaskan ketersambungan PayNow-PromptPay itu untuk melibatkan lebih banyak peserta dan meningkatkan had pemindahan wang untuk memudahkan urus niaga perniagaan.

"Ketersambungan PayNow-PromptPay itu hanya satu permulaan," menurut Pengarah Urusan MAS, Ravi Menon.

"Matlamat yang dikongsi antara MAS dengan BOT adalah untuk bekerjasama dengan rakan-rakan di ASEAN untuk meluaskan ketersambungan dua hala ini kepada satu rangkaian sistem pembayaran runcit yang terkait di merata ASEAN."

"Inisiatif itu juga satu langkah penting untuk menghubungkan sistem-sistem pembayaran di merata ASEAN pada skala lebih besar pada masa akan datang, membolehkan lebih ramai pengguna bank untuk mengirimkan wang kepada rakan-rakan dan keluarga untuk membayar bagi barangan dan khidmat dengan cepat, mudah dan selamat merentasi sempadan," kata Ketua Pegawai EKsekutif UOB, Wee Ee Cheong, yang merupakan pengerusi Persatuan Bank di Singapura.

Gabenor BOT Sethaput Suthiwartnarueput berkata Thailand mahu mempertingkat ketersambungan pembayaran dengan negara-negara anggota ASEAN serta negara lain.

Beliau berkata ketersambungan pembayaran rentas sempadan QR dengan Jepun, Laos, Kemboja dan Vietnam sudahpun diperkenalkan, dengan ketersambungan PayNow-PromptPay mewakili satu lagi "detik penting dalam perjalanan pembayaran digital kami".

"Khidmat oleh MAS dan BOT ini akan dengan berkesan menangani kesukaran-kesukaran yang dihadapi pengguna selama ini dari segi pemindahan dan pengiriman wang rentas sempadan termasuk tempoh urus niaga yang panjang dan juga kos tinggi," kata Dr Sethaput.

"Memandang ke hadapan, BOT akan terus menggalak inovasi dalam pembayaran rentas sempadan dan prasarana untuk memperkukuh integrasi kewangan bagi kesejahteraan berpanjangan negara dan rantau ASEAN."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan