Images
  • cbd skyline
    (Gambar: Jeremy Long)

Pasaran saham akan terus bergolak pada 2019: Pakar pelaburan

SINGAPURA: Sedang perang dagangan semakin membimbangkan, penganalisis pelaburan bank OCBC menjangkakan pasaran saham akan terus bergolak tahun ini.

Oleh itu, meletakkan aset pada pelaburan yang strategik amat penting bukan sahaja menentukan bilakah untuk memasuki pasaran tetapi juga tempoh masa yang diambil untuk kekal dalam pasaran.

Penganalisis bank itu juga menyarankan, bagi portfolio berisiko sederhana para pelabur perlu memperuntukkan wang tunai antara 10 hingga 15 peratus bagi mengatasi kesan kerugian jika berlaku kejatuhan pasaran saham.

Para pelabur juga dinasihati agar memberikan tumpuan kepada saham-saham yang menawarkan dividen tinggi dan boleh menahan badai pasaran.

Sungguhpun pasaran saham dan bon agak tidak menentu tahun ini, penganalisis OCBC juga yakin para pelabur boleh meraih semula keuntungan jika keadaan pasaran yang terumbang ambing kembali pulih tahun ini.

- CNA/SS/tq

Top