Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pasaran perumahan awam, privet dijangka terus tumbuh tahun depan

Pasaran hartanah privet Singapura nampaknya bertahan pada tahun ini meskipun langkah-langkah penyejukan dikuat kuasakan tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Dec 2019 04:22PM Dikemas Kini : 28 Dec 2019 09:05PM

SINGAPURA: Pasaran hartanah privet Singapura nampaknya bertahan pada tahun ini meskipun langkah-langkah penyejukan dikuat kuasakan tahun lalu.

Namun, bekalan yang berlebihan dijangkakan bagi tahun baru akan datang.

Sebaliknya, pasaran perumahan awam dijangka memberangsangkan tahun depan, menyusuli langkah-langkah perubahan dasar yang diperkenalkan tahun ini.

LEBIH BANYAK BEKALAN BERLEBIHAN

Harga rumah privet meningkat 2.1 peratus dalam sembilan bulan pertama tahun ini.

Namun, bekalan berlebihan dijangkakan walaupun pasaran mantap.

Sekarang ini, kira-kira 34,000 rumah privet tidak terjual dengan lagi 5,000 unit bakal dibina.

Bank Pusat menyatakan keadaan tersebut boleh memberi tekanan ke atas harga hartanah.

Pertumbuhan ekonomi yang lembap dijangka juga menjejas minat membeli.

Bagaimanapun, menurut para pengamat pertumbuhan bekalan kian perlahan sejak beberapa suku lalu, ditambah lagi dengan jumlah penjualan en bloc yang berkurangan.

Bagi tahun mendatang, mereka menjangkakan harga akan terus meningkat pada rentak yang sama.

LEBIH BANYAK FLAT JUALAN SEMULA BERTUKAR TANGAN

Berhubung perumahan awam pula, harga flat jualan semula meningkat sedikit berikutan perubahan terhadap dasar pembiayaan dan geran.

Ini termasuk Geran Perumahan Yang Dipertingkat dan peraturan baru penggunaan CPF untuk membeli rumah.

Para pengamat menjangkakan lebih banyak flat jualan semula akan bertukar tangan tahun depan.

Mulai tahun depan juga, 55,000 flat yang dibina antara 1987 dengan 1997, akan diubah elok di bawah Program Peningkatan Rumah (HIP).

Pasaran juga dijangka mendapat rangsangan daripada ikrar pemerintah untuk memperuntukkan $1 bilion bagi peningkatan estet-estet perumahan privet dan awam untuk beberapa tahun akan datang.  

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan