Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pasaran buruh S'pura dijangka lebih cerah pada tahun 2018

Pasaran buruh Singapura mungkin kelihatan malap pada separuh pertama 2017, namun ia menyaksikan sedikit pertumbuhan pada separuh kedua tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2017 08:09PM Dikemas Kini : 21 Dec 2017 10:31PM

SINGAPURA: Pasaran buruh Singapura mungkin kelihatan malap pada separuh pertama 2017, namun ia menyaksikan sedikit pertumbuhan pada separuh kedua tahun ini.

Bagaimanapun, pakar-pakar menjangkakan prospek pekerjaan akan lebih cerah atau mungkin kekal sederhana tahun depan.

Pekerjaan dalam sektor-sektor seperti binaan menjunam buat lima suku berturut-turut. Lebih 11,000 pekerja diberhentikan pada sembilan bulan pertama tahun ini.

Menurut para pengamat, pengaruh politik dari luar negara seperti Brexit dan pilihan raya Amerika menyebabkan ketidakpastian dalam pasaran global.

Namun, pasaran buruh menunjukkan tanda-tanda ia akan pulih pada separuh kedua tahun ini.

Menurut perangkaan rasmi, kadar pengangguran untuk rakyat Singapura adalah 3.2 peratus pada September, turun 3.3 peratus berbanding bulan Jun.

Selain itu, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) turut menaikkan prospek ekonomi.

Pada November tahun ini, ia membuat semakan ke atas ramalan pertumbuhan sepenuh tahun iaitu dari 2% hingga 3% kepada 3% hingga 5%.

Namun, para pengamat menekankan ini tidak semestinya bermakna angka pekerjaan akan meningkat tahun depan.

Para pengamat mengatakan bahawa para peniaga mungkin tidak yakin sepenuhnya dengan pertumbuhan dalam industri mereka bagi jangka panjang.

Namun, mereka bersetuju bahawa akan terdapat peningkatan dengan sebahagian besarnya dalam sektor seperti pengilangan.

Dalam pada itu, para pengamat berpandangan bahawa pengambilan pekerja mungkin masih belum banyak kerana inisiatif pemerintah seperti Negara Bijak dan automasi masih di peringkat awal.

Sungguhpun demikian, para pengamat percaya ramalan keseluruhan untuk pasaran pekerjaan adalah cerah.

Permintaan bagi pekerja dijangka meningkat, tetapi pada kadar beransur-ansur dalam jangka pendek.

Hakikatnya, para pengamat menekankan bahawa kemahiran yang betul adalah perlu untuk terus kekal berdaya kerja pada ekonomi masa depan.

Oleh itu, Kementerian Tenaga Manusia menggalak para pekerja supaya menghadiri kursus-kursus SkillsFuture sebagai cara untuk mempertingkatkan diri.  

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan