Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pasaran buruh 2018 bertambah baik, tapi bercampur-campur pada hujung tahun

Pasaran buruh semakin bertambah baik pada 2018 dengan pengambilan pekerja rakyat tempatan memacu pertumbuhan pengambilan pekerja secara keseluruhannya, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (14 Mac) yang mengesahkan unjuran awal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2019 03:20PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 12:43AM

SINGAPURA: Pasaran buruh semakin bertambah baik pada 2018 dengan pengambilan pekerja rakyat tempatan memacu pertumbuhan pengambilan pekerja secara keseluruhannya, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (14 Mac) yang mengesahkan unjuran awal.

Secara purata, kadar pengangguran dan pengangguran jangka panjang tahunan adalah lebih rendah berbanding setahun lalu dan pemberhentian pekerja juga semakin berkurangan.

Trend pasaran buruh bagi suku keempat bagaimanapun bercampur-campur, dengan pengambilan pekerja secara keseluruhannya meningkat pada rentak yang lebih perlahan dan kadar pengangguran dan pengangguran jangka panjang pada Disember lalu naik sedikit berbanding setahun sebelumnya.

Pada 2018, pengambilan pekerja secara keseluruhannya, tidak termasuk pembantu rumah asing, meningkat sebanyak 38,300, berbanding penguncupan 10,700 setahun lalu.

Pertumbuhan pekerja bagi rakyat tempatan adalah 27,400, lebih seganda berbanding pekerja warga asing. Pengambilan pekerja rakyat tempatan dirangsang oleh sektor khidmat masyarakat, sosial dan khidmat peribadi serta pengangkutan dan khidmat penyimpanan dan kewangan dan insurans. 

Pengambilan pekerja asing, tidak termasuk pembantu rumah asing, meningkat sebanyak 10,900 tahun lalu, berbanding kemerosotan sebanyak 32,000 pada 2017.

Ini disebabkan pertumbuhan yang lebih kukuh dalam sektor perkhidmatan dan kemerosotan yang lebih sederhana dalam sektor binaan.

Pada 2018, purata kadar pengangguran adalah lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, meskipun kadar pengangguran secara keseluruhannya lebih tinggi pada hujung tahun. Ia meningkat dari 2.1 peratus pada September 2018 kepada 2.2 peratus pada Disember 2018.

Bagi pemberhentian pekerja, ia merosot kepada 10,730 pada 2018, jauh lebih rendah berbanding 14,720 pada 2017. Kemerosotan turut dilihat dalam sektor pengilangan, binaan dan perkhidmatan.

Dalam pada itu, pekerja rakyat Singapura terus mendapat gaji lebih tinggi, menurut MOM, dengan pendapatan median sebenar pekerja rakyat Singapura, termasuk sumbangan CPF majikan, naik 3.6 peratus setiap tahun dari 2013 hingga 2018. Ini lebih tinggi berbanding 1.7 peratus setiap tahun pada tempoh lima tahun sebelumnya. 

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan meramalkan ekonomi Singapura akan tumbuh antara 1.5 hingga 3.5 peratus pada 2019 dengan pertumbuhan dijangka rendah sedikit berbanding 2.5 peratus yang diunjurkan.

Sumber : CNA/SM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan