Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pasar Tsukiji catat rekod jualan S$4.2 juta bagi ikan tuna pada tahun baru

Proses lelongan ikan tuna di pasar ikan yang baru di ibu kota Jepun yang menggantikan pasar Tsukiji yang terkenal di seluruh dunia, berjaya mencatatkan rekod baru apabila memperoleh jualan tertinggi AS$3.1 juta (S$4.2 juta) pada sesi awal pagi Tahun Baru 2019, baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jan 2019 09:02AM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 10:55PM

TOKYO: Proses lelongan ikan tuna di pasar ikan yang baru di ibu kota Jepun yang menggantikan pasar Tsukiji yang terkenal di seluruh dunia, berjaya mencatatkan rekod baru apabila memperoleh jualan tertinggi AS$3.1 juta (S$4.2 juta) pada sesi awal pagi Tahun Baru 2019, baru-baru ini.

Lelongan tamat selepas bidaan mencecah 333.6 juta yen (S$4.2 juta) bagi seekor ikan tuna seberat 278 kilogram, iaitu jeniss dilindungi, yang berjaya ditangkap di kawasan perairan di utara Jepun.

Bidaan itu dimenangi pengusaha sushi, Kiyoshi Kimura, sekali gus mengatasi rekod 155 juta yen (S$1.9 juta) yang dicatatkan pada 2013.

“Saya berjaya membeli ikan tuna yang baik," kata Kimura atau Raja Tuna selepas sesi lelongan itu. "Harganya adalah lebih tinggi daripada yang dijangkakan,” tambah beliau.

Ia adalah sesi lelongan pertama di lokasi terbaru pasar Tsukiji, iaitu di Toyosu yang terletak kira-kira 2.3 kilometer dari lokasi lamanya di Ginza, selepas berpindah pada Oktober lalu.

(Gambar: Toshifumi Kitamura/AFP)

(Gambar: Toshifumi Kitamura/AFP)

Tsukiji, adalah pasar ikan terbesar di dunia dan ia antara daya tarikan pelancong utama di Tokyo yang turut dilengkapi dengan restoran dan pelbagai kedai.

Pasar yang dibuka sejak 1935 itu amat terkenal dengan sesi lelongan harian ikan tuna yang berlangsung pada dini hari. 

Sumber : AFP/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan