Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Parlimen luluskan pindaan terhadap Akta Cukai Setem

Parlimen sudah meluluskan pindaan terhadap Akta Cukai Setem. Perubahan itu meliputi cukai setem yang dikenakan terhadap rekod-rekod elektronik yang membolehkan pemindahan faedah hartanah tak alih dan saham-saham.

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen luluskan pindaan terhadap Akta Cukai Setem

Rumah privet di Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 10 Sep 2018 08:34PM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 08:37PM

SINGAPURA: Parlimen sudah meluluskan pindaan terhadap Akta Cukai Setem. Perubahan itu meliputi cukai setem yang dikenakan terhadap rekod-rekod elektronik yang membolehkan pemindahan faedah hartanah tak alih dan saham-saham.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata langkah itu bagi memastikan perundangan negara bergerak seiring dengan pendigitalan di samping melindungi pendapatan Singapura di mana pemindahan dijalankan tanpa peralatan fizikal.

"Kami sudah menetapkan klausa pengesahan untuk menangani sebarang konflik yang berpotensi berlaku tentang bayaran dan cukai setem yang sudah dibuat berkaitan dengan rekod elektronik," kata Encik Wong yang juga Menteri Kedua Kewangan.

Perubahan lain termasuk klausa yang jelas, bagi Menteri Kewangan untuk memperoleh faedah daripada pembayar cukai yang gagal mematuhi syarat-syarat hapus cukai.

Ini menyusuli langkah pemerintah mengenakan cukai setem tambahan terhadap para pembeli hartanah.

Buat masa ini, cukai yang dikenakan terhadap para pemaju hartanah adalah 30 peratus. Namun, para pemaju boleh membuat permohonan bagi bayaran pendahuluan sebanyak 25 peratus jika mereka boleh menjual unit-unit mereka dalam tempoh lima tahun selepas memerolehinya.

Meskipun Anggota Parlimen GRC Nee Soon Louis Ng menyokong perubahan-perubahan itu, beliau bertanya tentang pendirian pemerintah terhadap syarikat-syarikat pemula teknologi hartanah (proptech).

"Penjelasan tentang kesahan perunding hartanah berdasarkan blockchain akan sangat membantu rakyat Singapura dalam era digital ini," kata Encik Ng.

Sebagai memberi respons kepada hujah Encik Ng, Encik Wong berkata: "Pemerintah akur dengan kemajuan teknologi yang pesat, termasuk sektor proptech yang kian berkembang dan penggunaan blockchain untuk melakukan urus niaga."

Lantaran itu, Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sedang menyemak semula Akta Urus Niaga Elektronik (ETA). Semakan juga dilakukan terhadap skop sedia ada ETA dan cara-cara untuk memperjelaskan lagi akta itu berkaitan dengan kemajuan teknologi.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan