Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Parkson di Suria KLCC akan ditutup

Kalau anda sering membeli-belah di Suria KLCC, tidak lama lagi, anda tidak akan dapat berbuat demikian di gedung Parkson. Ini kerana, syarikat itu akan menutup cawangannya di sana.

Anggaran Waktu Membaca:
Parkson di Suria KLCC akan ditutup

(Gambar fail: @ihearteggtarts/Twitter)

Diterbitkan : 08 Feb 2019 02:12PM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 12:23AM

KUALA LUMPUR: Kalau anda sering membeli-belah di Suria KLCC, tidak lama lagi, anda tidak akan dapat berbuat demikian di gedung Parkson. Ini kerana, syarikat itu akan menutup cawangannya di sana.

Satu iklan jualan penutupan cawangan itu dimuat naik di Facebook baru-baru ini menyatakan bahawa satu jualan murah besar-besaran atau "Moving Out Sale" akan diadakan sehingga 17 Feb sebelum kedai ditutup.

(Gambar: Facebook)

Menurut Utusan Online, cawangan Parkson itu dibuka pada 1998 dan merupakan antara penyewa terawal Suria KLCC.

Pemerhati industri yang ditemui media tempatan itu mengatakan bahawa penutupan cawangan tersebut mungkin sebahagian daripada usaha KLCC untuk mempelbagaikan penyewanya yang memerlukan lot-lot tersebut dikosongkan.

Seorang pemerhati industri yang enggan namanya didedahkan memberitahu The Star, “Dari apa yang saya fahami, Parkson tidak mahu menutup operasinya dan berminat untuk terus kekal kewujudannya di Suria KLCC.”

(Gambar: Susylawati Faizol/Facebook)

(Gambar: Susylawati Faizol/Facebook)

Utusan Online melaporkan bahawa Parkson mempunyai 40 cawangan di Malaysia. Baru-baru ini, cawangannya di Maju Junction dan Sungai Plaza turut ditutup.

Seorang pengguna Facebook, Cik Su Er Lim, berkongsi gambar-gambar para kakitangan Parkson yang berkumpul dalam satu acara tertutup.

"Kami sudah bekerja bersama-sama seperti satu keluarga selama 20 tahun.

"Kepada semua kakitangan yang sudah bekerja di sini, terima kasih kerana sudah menjadi sebahagian perjalanan ini. Parkson KLCC akan ditutup tidak lama lagi," tulis beliau.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan