Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Para peniaga Melayu tinjau peluang luaskan niaga di Nigeria, pasaran halal

Nigeria adalah negara paling ramai penduduk di Afrika dengan seramai 186 juta orang. Sekaligus, ia suatu wadah pelanggan atau pasaran yang besar.

Anggaran Waktu Membaca:
Para peniaga Melayu tinjau peluang luaskan niaga di Nigeria, pasaran halal

Gambar hiasan pegerai menjual sejadah di Lagos, Nigeria. (Gambar: PIUS UTOMI EKPEI / AFP)

SINGAPURA: Lebih ramai usahawan tempatan mungkin boleh merebut peluang-peluang perniagaan baru di Afrika Barat seperti di Nigeria pada masa akan datang.

Ini apabila Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) buat pertama kalinya memimpin satu delegasi meliputi peniaga dari pelbagai industri ke Nigeria pada bulan depan.

Misi perniagaan tersebut yang bakal diadakan dari 17 hingga 20 September ini, dianjurkan bersama dengan Torch Group dan disokong oleh Enterprise Singapore (ESG). Demikian menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh DPPMS hari ini (1 Ogos).

"Memandangkan ini kali pertama kami menganjurkan misi perniagaan ke Nigeria, saya ghairah untuk melihat sendiri apakah peluang-peluang yang akan dibuka untuk para anggota kami," menurut Presiden DPPMS, Shamir Rahim.

AFRIKA PASARAN BESAR; 186 JUTA PENDUDUK

Afrika disifatkan sebagai sebuah benua yang kaya dengan sumber-sumber semula jadi. Ini bermakna Nigeria berupaya untuk tumbuh dan berkembang.

Nigeria adalah negara paling ramai penduduk di Afrika dengan seramai 186 juta orang. Sekaligus, ia suatu wadah pelanggan atau pasaran yang besar.

"Permintaan begitu tinggi bagi produk-produk halal di Nigeria dan ini mewujudkan peluang-peluang luas bagi perniagaan," kata Pengerusi Pengantarabangsaan DPPMS, Dainial Sani Lim.

DPPMS memberitahu BERITAMediacorp, sebanyak 47 peratus penduduk Nigeria adalah Muslim dan ini menjadikannya antara pasaran terbaik untuk ditembusi perniagaan-perniagaan.

PERNIAGAAN S'PURA ADA YANG SUDAH BERJAYA BERTAPAK DI NIGERIA

Antara syarikat Singapura yang sudahpun menembusi pasaran Nigeria termasuklah
Olam International (pertanian), Yuuzoo (e-niaga) dan Crimson Logic (perunding pengurusan).

Kejayaan perniagaan Singapura yang sedia ada di Nigeria berjaya menyuntik keinginan syarikat-syarikat lain untuk turut mengembangkan perniagaan mereka di negara tersebut.

Lantaran itu, DPPMS mencari cara-cara untuk menyokong anggotanya dan para usahawan dengan memperoleh peluang-peluang yang terbaik untuk dimanfaatkan oleh mereka.

Ini termasuk menganjurkan delegasi perniagaan ke negara-negara di mana terdapat peluang untuk ditembusi.

MASIH BOLEH DAFTAR IKUT SERTA MISI PERNIAGAAN KE NIGERIA

BERITAMediacorp diberitahu, sebelum ini DPPMS pernah menganjurkan misi perniagaan serupa ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, Jakarta, Myanmar dan Belitung.

Delegasi Singapura ke Nigeria itu diharap menjadi wadah utama yang dapat menghubungkan masyarakat perniagaan dari Singapura dan Afrika, menurut kenyataan itu lagi.

Semasa di sana, para peserta akan dibawa meninjau-ninjau rangkaian pasar raya terbesar Afrika, Shoprite. Ini supaya mereka dapat melihat sendiri dan memahami tabiat pelanggan di sana.

Sesi-sesi membina rangkaian kerja (networking) dengan pertubuhan-pertubuhan awam dan privet juga diatur semasa lawatan tersebut. Ini bagi membolehkan perniagaan-perniagaan Singapura saling bertukar-tukar pandangan dan berhubungan dengan para pegawai Nigeria.

"Memandangkan ini kali pertama kami menganjurkan misi perniagaan ke Nigeria, saya ghairah untuk melihat sendiri apakah peluang-peluang yang akan dibuka untuk para anggota kami," menurut Presiden DPPMS, Shamir Rahim.

Pendaftaran bagi perusahaan yang ingin menyertai misi ke Nigeria itu masih boleh dibuat dan akan ditutup pada Jumaat (10 Ogos). 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan