Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pameran dagangan terbesar buka peluang syarikat tempatan tembusi pasaran global

19 syarikat Singapura terdiri daripada perusahaan besar hingga kecil dan sederhana akan memperoleh keuntungan dalam gelombang Industri 4.0 bagi pengilangan global.

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran dagangan terbesar buka peluang syarikat tempatan tembusi pasaran global

(Gambar: HANNOVER MESSE/ Facebook)

Diterbitkan : 24 Apr 2018 10:07PM Dikemas Kini : 25 Apr 2018 12:17AM

SINGAPURA: 19 syarikat Singapura terdiri daripada perusahaan besar hingga kecil dan sederhana akan memperoleh keuntungan dalam gelombang Industri 4.0 bagi pengilangan global.

Ini ekoran penyertaan mereka di pameran perdagangan terbesar dunia - Hannover Messe. Misalnya, pembekal peralatan automasi Pixel Automation sudah membekalkan sistem automasinya kepada perniagaan di Amerika Syarikat, Malaysia, China dan India.

Syarikat tersebut sedang berusaha untuk mendapat pengiktirafan di Eropah bagi permintaan kukuh dalam huraian pengilangan.

Ia merancang untuk menggunakan pameran tersebut sebagai wadah untuk mewujudkan kerjasama.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, S Iswaran, yang hadir di pameran perdagangan itu berkata bahawa pemerintah akan terus meningkatkan usaha membantu syarikat-syarikat tempatan membina keupayaan mendalam dan pensejagatan.

Tambahnya, kehadiran Singapura di pameran tersebut jelas mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengilangan global.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan