Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pakej baru Enterprise S'pore bantu perniagaan F&B tanggung kos pesanan, penghantaran makanan

Perniagaan makanan dan minuman (F&B) dengan tempahan penghantaran akan menerima bantuan daripada pakej baru oleh Enterprise Singapore.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakej baru Enterprise S'pore bantu perniagaan F&B tanggung kos pesanan, penghantaran makanan

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 07:54PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 07:56PM

SINGAPURA: Perniagaan makanan dan minuman (F&B) dengan tempahan penghantaran akan menerima bantuan daripada pakej baru oleh Enterprise Singapore.

Pakej itu ditawarkan sedang keadaan COVID-19 di Singapura terus meruncing, menjejas penjualan dan keuntungan perniagaan sedemikian, menurut Enterprise Singapore dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Sabtu (4 Apr).

Pakej Rangsangan Penghantaran Makanan akan mengurangkan kos perniagaan bagi tiga wadah utama penghantaran makanan - Deliveroo, foodpanda dan GrabFood. Pakej itu akan memberi bantuan kepada kedua-dua pendatang baru dan syarikat F&B sedia ada di wadah-wadah tersebut.

Pada Jumaat (3 Apr), Kementerian Kesihatan (MOH) mengeluarkan langkah-langkah tambahan untuk membendung penularan COVID-19 dengan hanya membenarkan khidmat penting dan kegiatan yang ada kaitan dengan rangkaian bekalan akan diteruskan.

Sejajar dengan langkah tersebut, cawangan F&B boleh dibuka hanya untuk khidmat membungkus makanan untuk dibawa pulang dan/atau penghantaran mulai 7 April hingga 4 Mei. Pelanggan tidak dibenarkan menjamu selera di premis F&B.

"Dengan langkah-langkah tambahan, penjualan dan keuntungan cawangan F&B akan terjejas akibat kemerosotan pada penjualan di tempat makan dan kos berkaitan semasa menggunakan wadah penghantaran makanan online," menurut Enterprise Singapore.

Permintaan tingga bagi penghantaran makanan juga boleh dijangkakan, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif agensi itu, Encik Ted Tan.

Maka itu, bagi membantu mengurangkan kos perniagaan dari operasi penghantaran da khidmat membungkus makanan untuk dibawa pulang, Enterprise Singapore akan membiayai lima mata peratusan kos komisen yang dikenakan oleh tiga wadah penghantaran berkenaan.

Tiada had dikenakan pada nilai urus niaga penghantaran makanan.

Untuk layak memanfaatkan Pakej Rangsangan Penghantaran Makanan itu, perniagaan F&B mesti menjual makanan yang disediakan di premis bagi pengambilan serta-merta, menurut agensi tersebut. Ini termasuk perniagaan lebih kecil seperti gerai penjaja dan kafe atau yang lebih besar seperti katerer makanan serta restoran.

Perniagaan F&B yang sudahpun tersenarai di ketiga-tiga wadah penghantaran makanan itu layak memanfaatkan pakej tersebut dan tidak perlu memohon. Bagi yang lain pula, ia boleh menghubungi wadah-wadah berkenaan untuk mendapatkan lebih banyak perincian. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan