Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pakar ramal lebih sukar untuk dapatkan lesen bank digital di S'pura

Syarikat-syarikat yang ingin mendapatkan lesen bank digital mungkin berdepan dengan lebih banyak cabaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar ramal lebih sukar untuk dapatkan lesen bank digital di S'pura

(Gambar fail: Darren Whiteside/Reuters)

Diterbitkan : 03 Feb 2020 12:04PM Dikemas Kini : 03 Feb 2020 12:07PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat yang ingin mendapatkan lesen bank digital mungkin berdepan dengan lebih banyak cabaran.

Para pakar berpendapat ia mungkin lebih sukar untuk syarikat-syarikat tersebut memikat pelanggan setia berbanding bank-bank konvensional yang sudah lebih lama bertapak di sini.

Walaupun bank-bank digital mungkin dianggap lebih menarik oleh golongan yang celik digital, bank tradisional mempunyai kelebihannya yang tersendiri seperti jenama yang kukuh dan ramai pelanggan setia.

Bank-bank tradisional juga sudah memulakan usaha masing-masing untuk beralih ke perbankan digital.

Tahun lalu, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan sehingga lima lesen bank digital kepada para pemain bukan bank.

Dua daripadanya akan dikeluarkan bagi perbankan runcit digital, yang membolehkan perusahaan-perusahaan menawarkan pelbagai khidmat kewangan serta mengambil wang cengkeram daripada para pelanggan.

Lagi tiga lesen akan dikeluarkan untuk perbankan borong digital, yang membolehkan para pemegang lesen untuk menyediakan khidmat kepada perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana serta sektor-sektor bukan runcit.

Sumber : CNA/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan