Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pakar ekonomi berbeza pendapat tentang langkah ketatkan dasar kewangan

Sedang Amerika Syarikat dan China terus bertindak-balas mengenakan cukai antara satu sama lain, terdapat perpecahan pendapat di kalangan para pakar ekonomi mengenai langkah yang akan diambil oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) apabila ia mengadakan mesyuarat dasarnya bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar ekonomi berbeza pendapat tentang langkah ketatkan dasar kewangan

Bangunan Penguasa Kewangan Singapura (MAS). (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 24 Sep 2018 12:19PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 12:22PM

SINGAPURA: Sedang Amerika Syarikat dan China terus bertindak-balas mengenakan cukai antara satu sama lain, terdapat perpecahan pendapat di kalangan para pakar ekonomi mengenai langkah yang akan diambil oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) apabila ia mengadakan mesyuarat dasarnya bulan depan.

Sesetengah pakar ekonomi yang ditemui Mediacorp berkata MAS mungkin tidak akan melaksanakan perubahan dasar manakala sesetengah lagi menjangkakan bahawa bank pusat akan mengetatkan lagi dasar kewangan bagi mengukuhkan dolar Singapura.

MAS tidak menetapkan kadar faedah dan sebaliknya menguruskan ekonomi negara menerusi mata wang dengan menyesuaikan kadar naik atau turun dolar Singapura.

Pada April, MAS membuat penyesuaian bagi membolehkan kenaikan nilai mata wang "secara bertahap-tahap" iaitu kali pertama ia mengetatkan dasar kewangan dalam tempoh enam tahun.

Bagaimanapun, pertikaian perdagangan yang semakin memuncak terutamanya antara dua ekonomi terbesar di dunia mencetuskan keprihatinan mengenai kesannya terhadap dasar terbuka ekonomi Singapura dan pengembalian dasar sepenuhnya kurang pasti.

Awal minggu lalu, Amerika Syarikat mengumumkan bahawa ia akan mengenakan tambahan 10 peratus cukai terhadap barangan China yang diimport bernilai AS$200 bilion (S$273 bilion). China turut mengenakan lagi AS$60 bilion (S$82 bilion) terhadap barangan Amerika sebagai tindak balas.

Selain pertikaian perdagangan, sekitaran luar juga menghadapi risiko dengan petanda penghasilan semakin lemah dan pergolakan berterusan dalam pasaran-pasaran baru muncul, sedang Bank Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat terus meningkatkan kadar faedah, kata para pakar ekonomi UOB, Alvin Liew dan Francis Tan.

Dalam pada itu, ekonomi Singapura dijangka tumbuh pada rentak perlahan pada separuh kedua 2018 dengan sektor pengilangan - pemacu utama ekonomi negara sejak tahun lalu - semakin melemah dan juga akibat kesan langkah-langkah meredakan pasaran hartanah, tambah para pakar ekonomi. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan