Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

P&G labur lagi S$45 juta dalam pusat inovasi digital S'pura

Syarikat terkemuka Amerika Syarikat yang menghasilkan barangan keperluan pengguna, Procter & Gamble (P&G), akan menambah pelaburan sebanyak S$45 juta bagi pusat inovasi digitalnya di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
P&G labur lagi S$45 juta dalam pusat inovasi digital S'pura

Pusat inovasi digital P&G di Singapura (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 26 Oct 2018 08:35PM Dikemas Kini : 26 Oct 2018 09:19PM

SINGAPURA: Syarikat terkemuka Amerika Syarikat yang menghasilkan barangan keperluan pengguna, Procter & Gamble (P&G), akan menambah pelaburan sebanyak S$45 juta bagi pusat inovasi digitalnya di Singapura.

Keputusan itu dibuat hanya setahun selepas syarikat berkenaan bersetuju untuk melabur S$138 juta bagi pusat itu, yang pertama dibinanya di luar Amerika Syarikat.

Selain menyokong transformasi digitalnya, tambahan dana itu juga bertujuan membangunkan bakat-bakat tempatan dan antarabangsa.

Ini termasuk mengadakan program inkubator untuk syarkat-syarikat pemula dan mencari huraian bagi cabaran-cabaran perniagaan yang dihadapinya.

Sejauh ini, program itu berjaya menarik minat sekitar 500 syarikat teknologi digital.

Pusat digital P&G itu, yang ditubuhkan dengan sokongan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), turut menganjurkan seminar mengenai huraian digital.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing, berkata suntikan dana itu merupakan satu lagi peristiwa penting dalam kerjasama antara P&G dengan pemerintah Singapura.

Menurut Encik Chan lagi, strategi digital syarikat itu untuk inovasi adalah sejajar dengan langkah pemerintah yang selanjutnya untuk ekonomi negara ini. 

Sumber : CNA/SS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan