Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

OPEC, Rusia akhirnya setuju kurangkan pengeluaran minyak

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) dan sekutu-sekutu yang diketuai Rusia pada Jumaat (7 Dis) bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak pada jumlah lebih tinggi berbanding jangkaan pasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
OPEC, Rusia akhirnya setuju kurangkan pengeluaran minyak

Menteri Minyak Iran Bijan Zanganeh semasa bercakap kepada para wartawan sebelum mesyuarat OPEC di Vienna, Austria. (Gambar: Leonhard Foeger/Reuters)

Diterbitkan : 08 Dec 2018 12:00AM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 12:37AM

VIENNA: Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) dan sekutu-sekutu yang diketuai Rusia pada Jumaat (7 Dis) bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak pada jumlah lebih tinggi berbanding jangkaan pasaran. Ini meskipun ia menerima tekanan daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengurangkan harga minyak mentah.

OPEC akan mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 0.8 juta tong sehari (bdp) mulai Januari depan, manakala sekutu-sekutu bukan OPEC akan menyumbang tambahan pengurangan pengeluaran minyak sebanyak 0.4 juta tong sehari. Menteri Minyak Iraq, Thamer Ghadhban, berkata demikian menyusuli rundingan OPEC selama dua hari yang diadakan di Vienna, Austria.

Harga minyak meningkat sekitar lima peratus kepada $63 setiap tong pada 1500GMT kerana pengurangan sebanyak 1.2 juta tong sehari itu adalah lebih tinggi berbanding minimum sejuta tong sehari yang dijangkakan oleh pasaran.

Arab Saudi, iaitu pemimpin OPEC, sebelum ini menerima tekanan daripada Presiden Turmp untuk membantu ekonomi sejagat dengan tidak mengurangkan bekalan.

Pengurangan pada pengeluaran minyak juga akan memberi sokongan kepada Iran dengan meningkatkan harga minyak di tengah-tengah percubaan Washignton untuk mencerut ekonomi pengeluar minyak ketiga terbesar OPEC itu.

"Kami tidak akan mampu menghuraikan isu geopolitik di OPEC," kata Menteri Tenaga Amiriah Arab Bersatu (UAE) Suhail bin Mohammed al-Mazroui semasa satu sidang media.

Menteri Tenaga Rusia Alexander Novak memuji keupayaan rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Khalid al-Falih, untuk "mencari huraian dalam keadaan sukar dan mencabar" sambil menyatakan bahawa Rusia mempersetujui langkah tersebut.

Pengurangan itu akan berkuat kuasa selama enam bulan mulai Januari, kata Encik Ghadhban.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan