Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

OCBC, UOB catat pertumbuhan laba sedang ekonomi beransur pulih

Pemiutang kedua dan ketiga terbesar di Singapura melaporkan keuntungan suku tahunan yang lebih tinggi daripada yang diunjurkan, dipacu oleh kebangkitan semula pasaran yang terjejas teruk akibat pandemik dan disokong oleh peruntukan lebih rendah bagi kerugian kredit.

Anggaran Waktu Membaca:
OCBC, UOB catat pertumbuhan laba sedang ekonomi beransur pulih

Gambar: AFP

Diterbitkan : 03 Nov 2021 02:40PM Dikemas Kini : 03 Nov 2021 02:42PM

SINGAPURA: Pemiutang kedua dan ketiga terbesar di Singapura melaporkan keuntungan suku tahunan yang lebih tinggi daripada yang diunjurkan, dipacu oleh kebangkitan semula pasaran yang terjejas teruk akibat pandemik dan disokong oleh peruntukan lebih rendah bagi kerugian kredit.

"Suku ini, momentum sektor perbankan, pengurusan harta dan perniagaan insurans kami terus berkembang seperti yang dicerminkan oleh pertumbuhan pinjaman, aliran tunai, yuran dan perniagaan insurans," kata Ketua Eksekutif Kumpulan OCBC Helen Wong dalam satu kenyataan pada Rabu (3 Nov).

Laba bersih OCBC naik kepada S$1.22 bilion antara Julai dengan September daripada S$1.03 bilion dalam tempoh yang sama setahun lalu, berbanding purata S$936 juta yang diunjurkan oleh empat penganalisis Refinitiv, lapor Reuters. 

Sedang persekitaran kredit beransur pulih, peruntukan OCBC bagi kerugian kredit merosot 54 peratus kepada S$163 juta. Pendapatan keseluruhan bank itu pula naik 1 peratus.

Singapura, yang sedang beransur pulih daripada kemelesetan yang mencecah paras rekod tahun lalu, sedang membuka sempadannnya dengan 84 peratus penduduk sudahpun lengkap divaksin terhadap COVID-19. Ekonomi negara dijangka tumbuh 6 hingga 7 peratus tahun ini.

Pada Rabu, menurut laporan Reuters, UOB melaporkan pertumbuhan 57 peratus pada keuntungan bersihnya kepada S$1.05 bilion berbanding S$668 juta pada tempoh yang sama setahun lalu. Ia jauh lebih tinggi berbanding purata S$982.4 juta yang diunjurkan oleh keempat-empat penganalisis Refinitiv.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan